awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi Farid Kamil, Yana dah 3 hari tak jumpa Fadzil

Gempak
Gempak
19/01/2018
04:55 MYT
Demi Farid Kamil, Yana dah 3 hari tak jumpa Fadzil
Kata Yana dia hanya mampu memberikan sokongan moral buat suaminya dan individu sekeliling bagi memastikan urusan berjalan lancar.
ADIK ipar kepada pelakon kontroversi Datuk Farid Kamil, Yana Samsudin mengakui dia jarang bertemu suaminya, Fadzil Zahari sejak menguruskan kes terbabit dari minggu lepas.
Kata Yana dia bagaimanapun hanya mampu memberikan sokongan moral buat suaminya dan individu sekeliling bagi memastikan urusan berjalan lancar.
"Saya sebagai seorang isteri dan keluarga Farid sentiasa memberikan sokongan penuh.
"Orang terbabit ada di sana tetapi yang di luar menguruskan segala hal yang paling penat. Saya lihat sendiri betapa tabahnya suami saya sampaikan kurang tidur.
"Bahagian saya pastilah sokongan moral yang tidak pernah putus.
"Rasanya sudah tiga hari saya tidak bertemu suami saya. Tiap-tiap hari dia balik pukul 2 atau 3 pagi, sempat jumpa pun waktu pagi saya salam dengan suami sebelum keluar bekerja," katanya kepada Astro Gempak.
Yana ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur semalam.
Tambah Yana, dia tidak tertekan dengan ujian yang melanda keluarganya dan bersyukur tiada sebarang provokasi dibuat daripada mana-mana pihak sepanjang kes berlangsung.
"Saya berterima kasih kepada individu sekeliling saya yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kami sekeluarga.
"Perkara sebegini baru pertama kali berlaku kepada kami dan adakalanya kami pun hilang arah.
"Semoga semuanya akan selesai dengan baik," ujarnya.
Farid yang juga pelakon utama drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu sebelum ini didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan jenayah namun telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 pada Selasa lalu.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @yanasamsudin
Topic Berkaitan
#Astro
#Fadzil Zahari
#Farid Kamil
#keluarga
#Kuala Lumpur
#mahkamah
#suami
#Yana Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan