awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengan sekali lafaz, Shuib & Watie kini sah suami isteri

Gempak
Gempak
23/06/2023
14:54 MYT
Dengan sekali lafaz, Shuib & Watie kini sah suami isteri
Majlis pernikahan Shuib dan Watie dihadiri oleh ahli keluarga antaranya bapa pengantin lelaki iaitu Muhamad Arshad, rakan selebriti, sahabat handai serta pengamal media. - Gambar Gempak
Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.
Shuib dan Watie dinikahkan oleh abang Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.
Turut menjadi saksi adalah Al-Mas'ud Kamat (bapa saudara Watie), Muammar Amirullah Frida (abang Watie) dan Aidit Alfian Mohd Dom (kawan Shuib).
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.
Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Majlis pernikahan Shuib dan Watie juga dihadiri oleh ahli keluarga antaranya bapa pengantin lelaki iaitu Muhamad Arshad, rakan selebriti, sahabat handai serta pengamal media.
Majlis pernikahan ini juga dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.
Turut mengindahkan lagi majlis adalah persembahan daripada dua penyanyi hebat, Anuar Zain dan Lah Ahmad.
Terdahulu, Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Untuk info, perjalanan kisah cinta Shuib dan Watie akan ditayangkan dalam siri eksklusif terbaharu Astro iaitu Walimatulurus Shuib dan Watie pada 3 Julai 2023. - Gempak
Topic Berkaitan
#sekali lafaz
#mas kahwin
#lima dulang
#tali pertunangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan