awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diana Nasimuddin terima lamaran Mas Khan

Gempak
Gempak
23/08/2022
05:34 MYT
Diana Nasimuddin terima lamaran Mas Khan
Anak tokoh perniagaan ternama, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Diana akhirnya menerima lamaran daripada kekasihnya, Mas Khan.
i"CINTA sejati sukar dicari," demikian coretan indah pelakon Mas Khan buat wanita yang baru menerima lamarannya, Diana Nasimuddin semalam.
Menerusi hantaran sepotong video di Instagramnya, Mas Khan berkongsi momen kejutan yang dibikin Diana apabila menyarung semula cincin yang diberikan sejak enam bulan lalu.
"Sesuatu perhubungan mesti ada pasang dan surut tapi apabila terlalu banyak yang dilalui bersama, perselisihan faham, konflik dan sebagainya, hal itu semakin menguatkan ikatan.
"Kita takkan boleh memiliki cinta tanpa ada kesakitan. Tapi seandainya ikatan itu cukup kuat untuk mengatasi segala rintangan, jadi ia berbaloi untuk diperjuangkan.
"Surprise! Enam bulan saya menunggu apabila dia membuka cincin itu dan hari ini dia mengejutkan saya.
"Selama-lamanya saya sayang dan cintakan kamu Diana Nasimuddin," tulisnya dalam video berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by Mas Khan (@maskhan_)
Tambah Mas Khan lagi dalam tulisannya di hantaran berkenaan: "Berikan masa dan ruang tapi jangan pernah putus asa untuk individu yang membuatkan kamu gembira. Saya sayangkan kamu 'bekas kekasih'."
Sementara itu, Diana turut menulis komen pada hantaran sama.
"Kejutan! Alhamdulillah. Satu perjuangan kan? Insya-Allah kita akan semakin kuat sekarang, dan saya menantikan apa saja untuk hari-hari mendatang," tulisnya.
Mac lalu, tindakan Mas Khan berkongsi luahan hati seolah-olah berdepan kekecewaan mengundang tanda tanya warganet.
Malah, Mas Khan turut memadamkan banyak foto serta video melamar Diana di Instagramnya yang dimuat naik pada Disember tahun lalu.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Diana Nasimuddin
#terima lamaran
#Mas Khan
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan