HIBURAN
Didi & Friends cipta rekod Malaysia Book Of Records

Cheam (tiga, kiri), Bakhtiar (dua, kiri) dan Nor Fadilah (kiri) menerima pengiktirafan daripada wakil MBOR atas 'Penyertaan Kanak-kanak Teramai Dalam Aktiviti Penceritaan' pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Rakan animasi kanak-kanak kesayangan ramai, Didi & Friends, secara rasmi mencipta rekod dan mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Penyertaan Kanak-Kanak Teramai dalam Acara Penceritaan'.
Ringkasan AI
- Didi & Friends cipta rekod MBOR - Didi & Friends mencatat nama dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan 2,172 kanak-kanak dalam sesi penceritaan sempena Karnival Sukan Al-Kauthar Eduqids 2025.
- Kempen galak minat membaca - Acara ini melancarkan kempen Didi & Friends Story Time untuk menggalakkan kanak-kanak membaca dan meneroka dunia penceritaan secara menyeronokkan.
- Sambutan hangat dan sokongan komuniti - Lebih 20,000 pengunjung hadir ke acara yang mendapat kerjasama pelbagai pihak, dan menyatukan komuniti melalui penceritaan serta pembelajaran interaktif.
“Sesi bercerita ini menampilkan kisah klasik Arnab & Kura-Kura, yang pada awalnya disampaikan oleh seorang guru sebelum dihidupkan dalam versi Didi & Friends yang penuh warna dan ceria oleh pengacara Abang Pa’an yang sentiasa bertenaga.
“Rekod rasmi ini dianugerahkan kepada Didi & Friends, sebuah harta intelek (IP) yang dimiliki bersama Astro dan Warnakala Studios.
"Walaupun rekod rasmi mencatatkan seramai 2,172 kanak-kanak, aktiviti penceritaan diteruskan sepanjang hari dengan jumlah penyertaan melebihi 6,000 orang kanak-kanak.
“Karnival ini secara keseluruhan berjaya menarik lebih daripada 20,000 pengunjung ke Dewan C, MAEPS, Serdang, termasuk ibu bapa dan ahli keluarga,” kata Astro dalam satu kenyataan.

Antara kanak-kanak yang hadir ke penganjuran Karnival Sukan Al Kauthar Eduqids (AKE) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Isnin lalu. - Foto Astro
Acara istimewa ini turut menjadi pelancaran rasmi bagi kempen Didi & Friends Story Time sekaligus bertujuan menggalakkan kanak-kanak membaca dan meneroka dunia penceritaan lebih menyeronokkan.
Sementara itu, Penolong Kanan Naib Presiden Studio GenNext Astro, Edison Cheam, berkongsi bahawa Astro komited untuk memupuk semangat cintakan pembelajaran dan pembacaan dalam kalangan kanak-kanak.
“Menerusi platform kami serta kerjasama dengan IP kandungan seperti Didi & Friends, kami berhasrat untuk menyebarkan nilai-nilai positif sekali gus memberi inspirasi dalam tabiat murni yang akan memberi manfaat kepada generasi akan datang,” kata Cheam.
Pencapaian ini membuktikan kekuatan kuasa penceritaan dalam menyatukan komuniti serta mencetuskan imaginasi si kecil di seluruh Malaysia.
Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Al Kauthar Eduqids Datin Dr Nor Fadilah Alia, Ketua Pegawai Eksekutif Al Kauthar Equids Datuk Dr Kapten Bakhtiar Aliff, Ketua Pegawai Komersial Warnakala Studios Che Yusaidi Che Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim.

Maskot Didi & Friends yang menjadi gimik paling meraih sambutan dalam kalangan pengunjung kanak-kanak. - Foto Astro
Didi & Friends Story Time ditayangkan pada setiap hari Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria (saluran 611), serta On Demand di Astro GO dan Sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.
*tertakluk kepada terma & syarat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami