awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diharam tayang di Malaysia, ini fakta filem Siksa Neraka...

Gempak
Gempak
11/01/2024
00:40 MYT
Diharam tayang di Malaysia, ini fakta filem Siksa Neraka...
Sesuai judulnya, filem ini mempersembahkan adegan-adegan ngeri berbentuk hukuman yang dialami oleh manusia yang melakukan dosa.
FILEM thriller dari Indonesia, Siksa Neraka tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia dan Brunei.
Perkhabaran itu dikongsikan oleh pembekal kandungan Antenna Entertainments menerusi perkongsian di platform X.
Namun, sebab mengapa filem itu diharamkan tayangan di Malaysia tidak dikongsikan oleh mereka.
To those who were waiting - Siksa Neraka is banned in Malaysia & Brunei pic.twitter.com/4Mz49IXtGP
— AntennaEntertainments (@ANTENNAETS) January 8, 2024
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang transgender yang mengakui ingin berubah selepas menonton Siksa Neraka, termasuk selebriti media sosial yang turut menyerupai wanita, iaitu Lucinta Luna.
Apakah yang menyebabkan perasaan takut menyelubungi penonton saat selepas menyaksikan filem berkenaan? Jom semak lima fakta mengenai filem Siksa Neraka:
1. Diadaptasi daripada komik popular tahun 1980-an
Komik misteri dan azab pernah popular sekitar era 80-an dan salah satunya adalah karya MB Rahimsyah. Diangkat berdasarkan komik tersebut, komik ini dikatakan menjadi kegemaran pembaca ketika itu yang membelinya di gerai menjual mainan di hadapan sekolah.
2. Menampilkan gambaran neraka
Sesuai judulnya, filem ini mempersembahkan adegan-adegan ngeri berbentuk hukuman yang dialami oleh manusia yang melakukan dosa. Sedutan filem ini pernah viral dengan sedutan beberapa babak yang digambarkan sebagai neraka dimuat naik di Youtube.
3. Teknologi CGI
Bagaimanapun, difahamkan adegan seksaan berkenaan dilakonkan dengan bantuan teknologi CGI.
4. Bajet tinggi
Memetik dari pelbagai sumber, Dee Company selaku rumah produksi telah mengeluarkan bajet sekitar 5 miliar rupiah (RM1.5 juta). Anggaran itu digunakan untuk membina set, XR Virtual Screen dan kos CGI 3D Animation.
5. Dibintangi artis popular
Filem Siksa Neraka menampilkan deretan bintang berbakat dari pelbagai generasi seperti Safira Ratu Sofya, Astri Nurdin, Ariyo Wahab, Ricky Fachrel, Nayla D. Purnama, Kiesha Alvaro dan aktor senior Slamet Raharjo. - Gempak
Topic Berkaitan
#Siksa Neraka
#filem Siksa Neraka
#Lucinta Luna
#gambaran neraka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan