PELAKON Fathia Latiff tampil memberikan penjelasan berkenaan statusnya yang disangka sudah terjun ke dalam bidang guaman.

Jelas Fathia, dia hanyalah seorang kerani di syarikat guaman.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.

"Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.

"Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya terlepas pandang," katanya.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri fenomena Nur Kasih ini turut melahirkan permohonan maaf atas apa yang berlaku.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak," katanya lagi.

Terdahulu, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini menerusi Instagramnya mendedahkan dirinya kini sudah berkecimpung dalam bidang guaman dan secara sahnya menjadi seorang pengamal undang-undang. -Gempak