DISNEY dikritik selepas pegawai tinggi mengaku menukar warna kulit pelakon tambahan semasa penggambaran filem Aladdin.

Penggambaran filem ini sedang dijalankan oleh Pengarah Guy Ritchie di Long Cross studios, Surrey.

Surrey terletak kira-kira 50km dari London, yang mana terdapat 1.1 juta rakyat beretnik India, Pakistan, Bangladesh dan Arab menetap di kawasan itu.

Bagaimanapun, Disney berkata ia terpaksa menggunakan pelakon barat berkulit putih kerana watak pakar aksi, penari dan pengendali unta tidak dapat diisi bagi filem tersebut yang bakal dikeluarkan pada May 2019.

Menurut laporan Dailymail, pengarah yang dicalonkan Anugerah Akademi Filem dan Televisyen Britain (BAFTA), Riaz Meer berkata tindakan ini sebagai 'menghina seluruh industri' dan percaya pelakon Asia boleh mengisi kekosongan itu.

Bagaimanapun, Disney berkata versi Aladdin ini merupkan filem yang mempunyai watak pelbagai etnik dengan lebih 400 dari 500 watak tambahan terdiri daripada pelakon beretnik India, Timur tengah, Afrika, Mediterranean dan Asia.

Naomi Scott, pelakon Britain berketurunan India memainkan watak Jasmine manakala pelakon Kanada berkelahiran di Mesir, Mena Massoud memainkan watak utama Aladdin.

Will Smith pula memainkan watak Genie dalam filem ini.

Walaupun, Disney tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut, salah seorang pelakon watak tambahan dalam filem itu berkata terdapat lebih ramai pelakon tambahan berkulit putih.

Kaushal Odedra, 32 tahun dilaporkan berkata dia melihat lebih 20 pelakon berkulit putih menunggu giliran mereka di khemah solekan untuk menggelapkan kulit.