awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditegur Chef Wan: 'Saya terima kritikan, tapi ini penjelasannya' - Aliff Syukri

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
31/07/2017
01:54 MYT
Ditegur Chef Wan: 'Saya terima kritikan, tapi ini penjelasannya' - Aliff Syukri
Selepas ditegur Datuk Chef Wan dan dikritik netizen gara-gara makan di tepi jalan berhampiran tempat letak kereta, pengasas kosmetik Aliff Syukri kini tampil menjelaskan perbuatannya.
Selepas ditegur Datuk Chef Wan dan netizen gara-gara makan di tepi jalan berhampiran tempat letak kereta, pengasas kosmetik Aliff Syukri kini tampil menjelaskan perbuatannya.
Menerusi akaun Instagramnya, Aliff Syukri berkata beliau menerima kritikan Chef Wan dan netizen dengan fikiran terbuka.
“Terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka,” tulis Aliff sambil berkongsi sekeping gambar beliau makan kebab di sebuah restoran.
“Saya berkongsi khas untuk Dato Chef Wan, saya berada di sebuah kedai kebab dan makan secara beradab.”
MESTI BACA: Chef Wan tegur Aliff Syukri isu makan di tepi jalan di luar negara
MESTI BACA: Aliff Syukri mengaku kahwin dua selepas disoal isteri?
Aliff turut menjelaskan mengapa beliau terpaksa bertindak sedemikian.
Menurut pengasas kosmetik itu, perjalanan beliau dan keluarga pada hari itu menyusuri kawasan luar bandar Switzerland.
Oleh itu, beliau dan keluarga memilih untuk membawa makanan sendiri kerana mereka perlu memandu jauh untuk mencari makanan halal.
Tambah Aliff, beliau pada ketika itu tidak mempunyai akses ke hotel untuk mereka berjamu di bilik - mereka sekeluarga terpaksa menetap di beberapa rumah tumpangan sepanjang empat hari perjalanan mereka.
“Ramai yang kecam kata kenapa kami tak makan dekat hotel…sebenarnya perjalanan kami kali ini menyusuri perkampungan indah di Switzerland. Jadi bila banyak berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata-mata untuk makan.
“Kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk perjalanan ke Itali...jadi disebabkan itu kami memang sudah masak.
“Tidak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama,” tulis Aliff.
Gara2 video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia... . Ramai yg kecam kata napa x makan dekat hotel la senang....sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan2 indah di switzerland....jadi bila byk2 berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata2 utk makan.... . Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula....jadi disebabkan tu kami mmg dah masak siap2 dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama...x ada apa yg memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama... . Buat idola saya dlm bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan sy terima dgn fikiran yg terbuka dan sy uploadkan khas utk dato chefwan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Chef Wan
#Halal
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan