awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditikam tolak lamaran kahwin, aktres Tamil lega pengarah kena penjara

Gempak
Gempak
09/10/2024
08:15 MYT
Ditikam tolak lamaran kahwin, aktres Tamil lega pengarah kena penjara
Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya. - Gambar/ Gempak
SELEPAS empat tahun trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang banyak terbabit dengan naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra boleh menarik nafas lega.
Hal itu lantaran lelaki yang juga seorang pengarah yang telah menikamnya diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara tiga tahun akibat jenayah yang dilakukan, lapor indianexpress.com.
Mengikut kronologi kes, Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya oleh lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengarah, Yogesh Mahipal Singh.
Malvi didapati tercedera pada bahagian tangan dan perut selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu berkahwin dengannya.
“Saya berdepan trauma yang teruk selepas kejadian itu. Ia lebih daripada kecederaan atau kesan tikaman tetapi memberi impak yang besar terhadap mental saya.
“Terima kasih pihak berkuasa kerana telah memberi saya keadilan. Kesabaran saya berbaloi. Setiap perbuatan ada balasan dan keadilan selalu berpihak kepada yang benar,” luah Malvi di dalam akaun media sosialnya.
Terdahulu pelakon filem Hotel Milan itu memberitahu menerima Yogesh sebagai kenalan selepas lelaki itu mahu bersahabat dengannya menerusi Facebook.
Mereka kemudian berkawan dan pernah keluar bersama sebelum Malvi menjauhkan diri selepas menolak lamaran Yogesh mahu mengahwininya.
Sejak itu Yogesh mengintip pergerakan Malvi sehingga berlakunya insiden tikaman empat tahun lalu. - Gempak
Topic Berkaitan
#aktres filem tamil
#kes cemburu
#kes tikam
#Malvi Malhotra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan