Tragedi mangsa rogol beramai-ramai di India bakal dijadikan sebuah filem dokumentari.

Bukan untuk mengaut keuntungan, namun pengarah mahu kejadian yang berlaku dijadikan pengajaran.

Seorang pembikin filem telugu, Ramana Gaddam ingin menyampaikan mesej kepentingan kesedaran awam mengenai jenayah di India.

Tersentuh mengenangkan tragedi itu, dia juga kecewa dengan sikap masyarakat tempatan yang tidak menghiraukan kejadian yang berlaku.

Bakal berjudul "Nisha”, hasrat Gaddam itu menarik perhatian ramai aktres Bollywood termasuk Lakshmi Rai.

Dalam perkembangan terbaru, 5 lelaki yang dituduh merogol dan membunuh pelajar India berusia 23 tahun itu dihadapkan ke mahkamah untuk proses perbicaraan awal.

Kesemua tertuduh yang turut dikaitkan dengan jenayah culik itu bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.