awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran

Khalis Khadir
Khalis Khadir
24/12/2024
21:20 MYT
Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran
Pengasas dan Pengarah Les' Copaque, Burhanuddin berkata, filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa dengan penceritaan penuh mendebarkan. - Foto Les' Copaque
KUALA LUMPUR: Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan menghasilkan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
“Hasil kajian kita, ternyata ia menjimatkan waktu. Biasanya 3D, hampir tiga tahun baru siap tapi teknik ini kita mampu selesaikan hanya dalam setahun sembilan bulan, saya bertuah ada artist yang handal dan terkenal seluruh dunia, itu cukup membantu.
“Bagi visual, ini adalah julung kalinya teknik 2.5D digunakan di layar perak dengan gabungan teknik animasi tradisional iaitu lukisan 2d frame by frame dan 3d key framing animation,” katanya ketika Majlis Gala Tayangan Filem Dongeng Sang Kancil, di sini, baru-baru ini.
Burhanuddin yang juga Penerbit Eksekutif Dongeng Sang Kancil menjelaskan, filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa dengan penceritaan penuh mendebarkan.
Katanya, Les' Copaque masih mengekalkan keunikan cerita kancil sebagai haiwan yang bijak dan penuh dengan muslihat sehingga diangkat menjadi hakim di rimba.
Filem berdurasi 90 minit ini menyaksikan kisah pengembaraan seekor kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh bayang hitam.
Dongeng Sang Kancil dengan kerjasama Astro Shaw selalu pihak pengedar dan pemasaran menjadi satu-satunya filem animasi tempatan untuk tahun 2024 yang ditayangkan di pawagam bermula 26 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Dongeng Sang Kancil
#Astro Shaw
#Les' Copaque
#Burhanuddin Md Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan