awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DR KRONIK, GIEGIEL buat 'comeback', bakal berentap dalam showcase Jerat Buragas Sept ini

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
09:25 MYT
DR KRONIK, GIEGIEL buat 'comeback', bakal berentap dalam showcase Jerat Buragas Sept ini
Showcase Jerat Buragas dianjur sebagai medan pertembungan kreatif dan ekspresi artistik antara dua nama besar muzik rock tempatan.
DUA KUMPULAN rock tanah air, DR.KRONIK dan GIEGIEL, bakal berentap dalam showcase eksklusif “Jerat Buragas” yang dijadual berlangsung 6 September ini di Warisan Hall Studio, Sijangkang.

Ringkasan AI
  • Dua kumpulan rock Malaysia, DR.KRONIK dan GIEGIEL, akan berentap dalam showcase eksklusif Jerat Buragas pada 6 September di Warisan Hall Studio, Sijangkang.
  • Showcase ini dianjurkan oleh Rockstage Entertainment sebagai medan pertembungan kreatif dan ekspresi artistik antara dua nama besar muzik rock tempatan.
  • Tiket berharga RM90 dijual di www.myticketempire.com, dan acara ini bertujuan memperkasa muzik rock Malaysia serta membuka ruang kepada bakat seni yang autentik.

Dianjurkan oleh Rockstage Entertainment, showcase ini dijangka menjadi medan pertembungan kreatif di antara dua nama besar dalam arena muzik rock Malaysia, dengan persembahan penuh intensiti, ekspresi artistik, dan daya saing pentas.
Nama DR.KRONIK dan GIEGIEL bukan lagi asing dalam kalangan peminat muzik rock dan underground Malaysia. Kedua-dua kumpulan ini telah lama membina reputasi dengan identiti muzik mereka yang tersendiri.
DR.KRONIK dikenali dengan lantunan muzik agresif, lirik penuh sindiran sosial serta gaya pentas yang bertenaga, manakala GIEGIEL pula tampil dengan nuansa keras, berkarisma, dan penuh misteri.
Menurut penganjur, showcase ini dirancang sebagai medan pertembungan kreatif dan ekspresi artistik antara dua nama besar muzik rock tempatan.
“'Jerat Buragas' bukan sekadar sebuah showcase muzik biasa. Ia adalah pentas pertembungan dua nama besar yang akan membuktikan siapa lebih berbisa dalam menyampaikan karya mereka.
"Pertemuan mereka di bawah showcase 'Jerat Buragas' ini bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah 'battle of performance' yang akan menguji kekuatan muzik, kreativiti dan kehebatan pentas kedua-dua kumpulan.
"Bagi peminat muzik rock, inilah peluang untuk menyaksikan sebuah persembahan yang penuh dengan semangat, energi, dan aura legenda.
"Ia adalah malam di mana dua dunia muzik bertemu, menghasilkan satu pengalaman persembahan yang tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan Rockstage Entertainment.
Warisan Hall Studio dipilih sebagai lokasi kerana suasana akustiknya yang intim dan sesuai untuk persembahan berskala padat tetapi bertenaga.
Tiket dijual pada harga RM90 dan boleh didapati secara eksklusif di www.myticketempire.com. Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan dijangka tinggi.
Showcase ini merupakan sebahagian daripada usaha Rockstage Entertainment untuk memperkasa muzik rock tempatan dan membuka ruang kepada bakat serta ekspresi seni yang autentik.
Topic Berkaitan
#Rockstage Entertainment
#DR KRONIK
#GIEGIEL
#Jerat Buragas
#Warisan Hall Studio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan