FILEM box office dengan kutipan RM54 juta, Polis Evo 3 bakal ‘bergegar’ Di Pawagam Rumah Anda, Astro first bermula 10 Ogos depan.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus kepada yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.
“Kami membawakan filem Polis Evo 3 ke Astro First untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menikmati filem aksi ini di pawagam dan juga buat mereka yang ingin menonton sekali lagi bersama insan tersayang secara beramai-ramai di rumah.
“Lebih menarik, Astro First bukan sahaja membawakan satu filem daripada francais blockbuster tahun ini, tetapi dua, iaitu Fast X!
Sebelum ini, Astro First hanya membawakan filem-filem tempatan dan Asia dan kini Fast X menjadi filem Hollywood pertama yang ditayangkan di platform Astro First,” katanya sambil memberitahu yang filem Fast X sudah boleh dilanggan bermula 2 Ogos lalu.
Polis Evo 3 merupakan hasil arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Nora Danish dan Eyka Farhana.
Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Fast X pula membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Jordana Brewster, Ludacris, Sung Kang dan Joh Cena.
Fast X (Fast 10) memfokuskan watak Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante.
Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes di mana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan.
Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya.
Mengenai Polis Evo 3
- Mengetepikan filem Hollywood daripada francais besar antarabangsa Fast X dengan mencipta rekod kutipan filem nombor 1 paling laris 2023 di Malaysia.
- Selepas 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal di pawagam, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan Polis Evo 3 meraih kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau. Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan.
- Melihat reaksi penonton, pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi watak antagonis bernama Reza, telah menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap dan meninggalkan kesan.
- Siri jelajah yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100,000 peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah.
- Polis Evo 3 membawakan tagline “Kita Lagi Kuat Boh”. - Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi di Jalan Kemuning, Dang Wangi.
Mengenai Fast X
- Filem Fast X telah menyumbang kepada francais Fast and Furious untuk melepasi $7 billion di seluruh dunia.
- Anggaran bajet Fast X sebanyak $340 million, menjadi filem dengan bajet terbesar dalam francais Fast and Furious.
- Menampilkan karakter antagonis, Dante Reyes lakonan Jason Momoa yang membawa watak seorang yang jahat, maskulin, lawak dan juga psikopat.
- Anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow, juga membuat penampilan kameo dalam Fast X Filem Fast X dibintangi oleh 4 pemenang Oscar Awards: Rita Moreno, Charlize Theron, Helen Mirren and Brie Larson.
- Fast X mempamerkan tagline “ The end of the road begins”.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 dan Fast X di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro First atau Astro Gempak. -Gempak
Gempak
Sat Aug 05 2023

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam. -Gempak

Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari Anzac di Malaysia
Stuart akan merasmikan Upacara Subuh di Taman Peringatan Sandakan, yang terletak di tapak kem POW Perang Dunia Kedua, pada Hari Anzac.

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings (AMH) Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.

Dua filem aksi blockbuster 'Polis Evo 3' dan 'Fast X' tiba di Astro First
Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus kepada yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.

Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.

#PE3: Mantap boh! Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi
Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.

Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.

#PE3: Sharnaaz syukur tetap dipilih Joel Sol walau didakwa baran, suka mengamuk
Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun namanya sering dilabel antara pelakon yang sukar beri kerjasama terhadap tenaga produksi.

Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.

Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa
Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomena dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.