awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penyampai ERA & HITZ tinggalkan konti Astro Radio sebelum tamat kontrak

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2024
07:07 MYT
Dua penyampai ERA & HITZ tinggalkan konti Astro Radio sebelum tamat kontrak
Radio Astro mendoakan Haniff (kiri) dan Ean (kanan) agar terus berjaya.
KUALA LUMPUR: Astro Radio hari ini mengumumkan bahawa Haniff dari ERA dan Ean dari HITZ akan meninggalkan stesen radio mereka sebelum tamat kontrak masing-masing.
Dalam satu kenyataan, Astro Radio berkata, Haniff penyampai 'Petang ERA', telah memberikan suasana riang ria kepada pendengar dengan penuh karisma dan gaya mesra yang tersendiri.
Ean pula yang menjadi tonggak 'Kru Pagi HITZ' selama lebih sedekad, telah menghiburkan pendengar dengan penuh semangat tanpa lelah dan lesu.
"Kedua-dua mereka meneruskan kerjaya radio mereka ke peluang lebih baharu. Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.
"Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami," katanya.
Astro Radio mempunyai sejarah membanggakan dalam melahirkan bakat luar biasa dalam industri penyiaran radio dan akan terus komited untuk bawa hiburan terbaik kepada pendengar.
Topic Berkaitan
#Radio Era
#HITZ
#Haniff
#Ean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan