awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eizlan Yusof minta hentikan 'body shaming'

Gempak
Gempak
27/03/2023
10:00 MYT
Eizlan Yusof minta hentikan 'body shaming'
Eizlan menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya menyatakan perasaan kecewa apabila usia antara faktor atau pun alasan tidak layak untuk menjayakan filem aksi. -Gempak/TikTok
PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa terkilan apabila masih ada segelintir pihak produksi yang memandang rendah kebolehan pelakon hanya berdasarkan perubahan fizikal.
Eizlan menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya menyatakan perasaan kecewa apabila usia antara faktor atau pun alasan tidak layak untuk menjayakan filem aksi.
“Dah tua… Yes… Dah gemuk… Yes… Tapi boleh sahaja berlakon filem aksi ikut momentum semasa,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Eizlan juga turut menasihatkan agar hentikan buvdaya memalukan orang lain kerana khuatir akan kembali kepada diri sendiri.
“Dalam hidup kita ini jangan terlalu mendongan ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.
“Sekadar pandangan dari orang tua yang kerdil ini. Hentikan body shaming dan hormati antara satu sama lain,” tulisnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Eizlan bakal muncul dengan filem Kerambit tidak lama lagi.
Terdahulu, isu ini hangat diperkatakan di media sosial selepas pengarah, Syamsul Yusof mendedahkan sebab sebenar pengguguran nama pelakon hebat, Datuk Aaron Aziz dari filem The Original Gangster baru-baru ini.
Antara sebabnya adalah faktor masalah kesihatan, usia dan juga perubahan fizikalnya. -Gempak
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#Eizlan Yusof
#Syamsul Yusof
#body shaming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan