awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emma Watson dan bintang gandingan "Harry Potter" dilarang memandu oleh mahkamah sama

Bernama
Bernama
16/07/2025
15:55 MYT
Emma Watson dan bintang gandingan "Harry Potter" dilarang memandu oleh mahkamah sama
Pelakon Emma Watson dan bintang gandingan dalam filem "Harry Potter" telah dilarang daripada memandu oleh mahkamah yang sama. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Pelakon Emma Watson dan bintang gandingan dalam filem "Harry Potter" telah dilarang daripada memandu oleh mahkamah yang sama, lapor PA Media/dpa.
Watson, yang memegang watak "Hermione Granger" dalam francais filem itu, didapati memandu kereta Audi berwarna biru pada kelajuan 61 kilometer sejam di kawasan had laju 48 km/j di Oxford, pada petang 31 Julai tahun lepas.
Pelakon berusia 35 tahun itu, yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, dikenakan larangan memandu selama enam bulan dan diperintah membayar denda berjumlah GBP1,044 (AS$1,399) oleh Mahkamah Majistret High Wycombe pada Rabu.
Peguam Watson, Mark Haslam memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya adalah seorang pelajar. "Beliau mampu membayar denda," katanya.
Secara berasingan, Zoe Wanamaker yang membintangi "Harry Potter And The Philosopher's Stone" pada 2001 sebagai guru "Madam Hooch", turut didapati memandu melebihi had laju pada 7 Ogos 2024 di lebuh raya M4 di Newbury, Berkshire.
Pelakon berusia 76 tahun itu memandu kereta Volvo biru pada kelajuan 74 km/j di kawasan had laju 64 km/j, menurut mahkamah.
Beliau turut dikenakan denda GBP1,044 (AS$1,399) dan larangan memandu selama enam bulan.
Peguam Wanamaker, Duncan Jones, berkata anak guamnya tidak memohon sebarang "layanan istimewa" dan menerima hukuman yang dikenakan.
Bagaimanapun, kedua-dua pelakon itu tidak hadir ke prosiding pendengaran mereka yang singkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emma Watson
#Harry Potter
#dilarang memandu
#Oxford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan