Wanita telah dicipta untuk dijadikan pasangan kepada lelaki dan telah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dan setia kepada sang suami.

Namun, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berhadapan dengan pelbagai dugaan cuma pemilihan jalan penyelesaian sahaja yang membezakan mereka.

Seperti mana Myza (Siti Saleha) yang berhadapan dengan dugaan hebat di mana suaminya, Khairi (Aaron Aziz) jatuh cinta dengan wanita bertudung setelah hampir 10 tahun usia perkahwinan mereka.

Betapa beratnya dugaan seorang isteri yang bersusah-payah cuba mempertahankan perkahwinannya sehingga pada satu tahap dia hampir berputus asa.

Berikut merupakan enam ayat yang dipetik menerusi filem Cinta Paling Agung yang menusuk kalbu

* “Wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala lelaki. Kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki. Dan kenapa bukan dari tulang kaki? Kerana wanita bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki.”

* “Keutamaan seorang perempuan adalah solat di rumah. Ketika dia solat di masjid, dia bukan perempuan biasa.”

* “Tidak ada satu pun rumahtangga yang tidak pernah ada masalah.”

* “Saya jatuh cinta pada ilmu, iman dan juga peribadinya.”

* “Masa kita bersama dah tak banyak bang. Dan Myza cuma nak abang luangkan masa sebanyak mungkin dengan Hanna.”

* “Bapa ngak mahu kamu itu menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid, apa jawapanmu nanti ditanya di akhirat?”

Sinopsis:

Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).

Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.

Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.

Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?

Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

Saksikan telefilem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif bermula 17 Julai 2015 di saluran 480.