awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eric Nam kembali bertemu NamNation Malaysia 17 Januari ini!

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/01/2020
22:28 MYT
Eric Nam kembali bertemu NamNation Malaysia 17 Januari ini!
Sempena dengan konsert 'Before We Begin- Asia Tour 2020' di Kuala Lumpur pada 17 Januari ini, Eric akan berkunjung ke Malaysia sekali lagi untuk bertemu peminatnya. - Onion Production
Pejam celik-pejam celik, kita sudah masuk tahun yang baharu.
Pastinya bulan Januari amat dinanti-nantikan rata-rata peminat Eric Nam kerana penyanyi tersebut bakal kembali untuk menggegarkan pentas Malaysia!
Sempena dengan konsert “Before We Begin” Asia Tour 2020 di Kuala Lumpur pada 17 Januari ini, Eric akan berkunjung ke Malaysia sekali lagi untuk bertemu peminatnya.
Penyanyi 'Honestly' tersebut telah mengesahkan berita gembira berkenaan menerusi muat naik pada laman Twitter dan Instagramnya.
View this post on Instagram
Malaysian NamNation! The venue has been CHANGED to THE BEE in KL! January 17th Hope to see you all there. ❤️❤️❤️ Tickets go on sale tomorrow at 12pm local time at ericnam.com. ⠀
A post shared by 에릭남 Eric Nam (@realericnam) on
Dec 16, 2019 at 8:34pm PST
Bertempat di The Bee, Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadualkan bermula jam 8 malam.
Pada November lalu, penyanyi dan penulis lagu Korea-Amerika Selatan itu mengeluarkan album Bahasa Inggeris pertamanya ‘Before We Begin’.
Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa beliau akan mempersembahkan lagu hit daripada EP tersebut seperti ‘Congratulations’ dan ‘Love Die Young’ .
Tiket-tiket konsert telah mula dijual pada harga RM250, RM350, RM700 (VIP) dan boleh dibeli secara atas talian menerusi laman web www.ericnam.com .
Pemegang tiket VIP berpeluang untuk mendapat tiket Super Early Entry Standing, pertemuan eksklusif dan sesi bergambar serta satu barangan eksklusif yang telah ditandatangani oleh Eric.
View this post on Instagram
Eric Nam 에릭남 'BEFORE WE BEGIN' ASIA TOUR 2020 TICKETS GO ON SALE TODAY 12 NOON LOCAL TIME!
Konsert jelajah Asia “Before We Begin” turut melibatkan lima lokasi lain iaitu Taipei, Manila, Singapore, Jakarta dan Bangkok.
Dan kepada NamNation Malaysia, jangan lupa temu janji kita bersama-sama Eric di konsert “Before We Begin” pada 17 Januari ini!
Topic Berkaitan
#Before We Begin Asia Tour 2020
#Eric Nam
#konsert
#penulis lagu
#penyanyi solo
#The Bee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan