'Kami tidak ada niat pun nak tarik tali.'

Itu pengakuan Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih dikenali sebagai Syamel berhubung pertunangan dengan kekasih hatinya, penyanyi Ernie Zakri.

Menurut penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu, dia dan tunangnya itu hanya berani mengumumkan kepada khalayak ramai mengenai pertunangan itu selepas majlis tersebut selesai diadakan pada Sabtu.

"Begitulah ceritanya. Kami tiada niat pun nak 'tarik tali' sebab selagi benda itu tak confirm (sah) tak best untuk cakap.

Majlis pertunangan itu dilaporkan berlangsung secara ringkas di kediaman Ernie. - Foto Instagram @syamelofficial

"Semalam selepas sudah selesai semua, hari ini baharu kami muat naik (berita pertunangan), sebab benda dah terjadikan, maka beranilah hendak muat naik," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Menurut jejaka yang berusia 26 tahun itu, dia membuat keputusan untuk lebih serius dengan Ernie selepas berkawan lama dengan anak saudara penyanyi Ziana Zain itu.

"Sejurus saya melihat Ernie hati saya terus terpaut dengan orangnya. Tiba-tiba lagi menguatkan, dengan budi bahasa luar dan dalam dia yang memang amat memikat hati saya," katanya lagi.

Tambah Syamel, kedua-dua keluarga telah bersetuju untuk mengikat pertunangan mereka dalam tempoh yang sekejap sahaja.

Majlis pertunangan itu dilaporkan berlangsung secara ringkas di kediaman Ernie. - Foto Instagram @syamelofficial

"Seperti yang dirancang oleh keluarga kami berdua, insya-Allah tahun hadapan, tapi bila tak boleh bagi tahu lagi. Kami tak nak bagi tahu lagi, cukuplah tahun hadapanlah," jelasnya.

Dalam masa yang sama, Syamil memberitahu dia dan Ernie yakin dengan rezeki Allah meskipun ada pandangan yang sering meletakkan artis sudah berkahwin akan hilang populariti.

"Syamil letak semuanya pada Allah, kalau ada rezeki saya, sama ada saya bertunang atau kahwin sentiasa sudah tertulis benda itu.

Majlis pertunangan itu dilaporkan berlangsung secara ringkas di kediaman Ernie. -Foto Instagram @syamel_official

"Apa yang penting sekali Syamel dan Ernie sangat berbesar hati sebab doa yang diberikan orang ramai itu sangat-sangat kami perlukan," katanya.