awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erra Fazira mohon maaf tidak dapat hadir majlis perkahwinan Shahir AF

Gempak
Gempak
11/09/2022
06:22 MYT
Erra Fazira mohon maaf tidak dapat hadir majlis perkahwinan Shahir AF
Menurut Erra, dia tidak dapat hadir ke pernikahan Shahir kerana terikat dengan komitmen kerja. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON jelita Erra Fazira mengakui menerima jemputan ke majlis perkahwinan penyanyi Shahir yang telah berlangsung pada awal September lalu.
Bagaimanapun, jelas Erra dia tidak dapat memenuhi undangan Shahir berikutan komitmen kerjanya.
"Alhamdulillah, dia (Shahir) dah selamat diijabkabulkan. Sudah bergelar suami orang, semoga berkekalan hingga ke jannah.
"Minta maaflah saya tak dapat hadir, kerana ada kerja lain," ujarnya, ringkas.
Erra ditemui bersama anak perempuannya, Engku Aleesya di majlis resepsi Pakar Pelaburan Saham, Datuk Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan isteri Datin Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Sabtu.
​Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan telah selamat diijabkabulkan dengan pemilik butik berasal dari Sabah, Jaskin Jaludin, 30, dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor pada 2 September lalu.
Jun lalu, Erra pernah memberitahu media ada berhubung dengan Shahir dan mengucapkan tahniah atas pengumuman berita perkahwinannya.
Biarpun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan cintanya, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek mengakui rapat dan baik dengan Shahir sebelum ini.
Solo sampai akhir hayat
Sementara itu, Erra turut memberikan respon seloroh penyanyi Ziana Zain ketika tampil membuat persembahan pada majlis terbabit mengenai hidup solo hingga ke akhir hayat.
"Eh saya tak nak, kenapa nak single kalau boleh berdua. Tapi kalau Allah dah kata begitu, terima sajalah.
"Kalau ada peluang berdua, why not," katanya tertawa.
Manakala Engku Aleesya pula memberikan respon berbeza ketika diajukan soalan berkenaan ibunya (untuk kembali hidup berpasangan).
Jawab Aleesya; "No..."
Topic Berkaitan
#Erra Fazira
#Shahir AF
#perkahwinan
#Jaskin Jaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan