awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faizal Hussein, Zahiril & Pekin cipta sejarah

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
19/02/2013
07:50 MYT
Faizal Hussein, Zahiril & Pekin cipta sejarah
Dua filem yang bersaing sengit di Festival Filem Malaysia ke 25, Bunohan dan Songlap mencipta sejarah tersendiri dalam sejarah penganjuran festival filem tersebut.
Filem arahan Effende Mazlan dan Fariza Azlina Ishak itu menerima 15 pencalonan dalam 14 kategori, terbanyak dalam sejarah FFM sekaligus memadamkan rekod filem Dia Ibuku yang memperolehi 12 pencalonan keseluruhan di FFM ke 2 pada tahun 1980.
Tiga pelakon utama filem Bunohan dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Mereka terdiri daripada Pekin Ibrahim, Faizal Hussein dan Zahiril Adzim. Ia tidak pernah berlaku sepanjang sejarah penganjuran FFM kerana sebelum ini pihak penerbit hanya dibenar untuk mencalonkan seorang pelakon utama untuk kategori lakonan.
Pencalonan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik juga menyaksikan dua pelakon pembantu dari filem Bunohan dan Songlap bersaing sesama sendiri. Mereka terdiri daripada Amerul Affendi dan Husyairi Hussin (Bunohan) dan Syafie Naswip dan Omar Abdullah (Songlap).
Filem Songlap dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (2), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Pereka Kostum Terbaik.
Filem Bunohan dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (3), Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (2), Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Poster Terbaik.
Bunohan tidak layak dicalonkan dalam kategori Sinematografi Terbaik dan Penyunting Terbaik kerana isu warganegara.
Bilangan pencalonan bagi setiap filem: (Senarai penuh pencalonan akhir FFM25)
Songlap – 15 Bunohan – 13 29 Februari - 12 Hoore! Hoore! – 10 Ombak Rindu – 6 Seefood – 5 Misteri Jalan Lama – 5 SAM - 5 Chow Kit – 4 Hantu Gangster – 4 Cinta Kura-Kura – 3 Hantu Kapcai – 3 8 Jam – 2 Azura – 2 Jiwa Taiko – 2 Untuk Tiga Hari – 2
Topic Berkaitan
#Bunohan
#FFM25
#songlap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan