awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farah Quinn ambil tindakan undang-undang, gambar dicuri untuk iklan palsu

Agensi
Agensi
19/03/2016
14:07 MYT
Farah Quinn ambil tindakan undang-undang, gambar dicuri untuk iklan palsu
Farah Quinn berharap tindakannya menjadi peringatan kepada rakan-rakan selebriti lain agar tidak menjadi mangsa dalam kes seumpamanya. - Foto Instagram FarahQuinnOfficial
Chef selebriti Indonesia, Farah Quinn, mengambil tindakan undang-undang berikutan gambarnya telah digunakan tanpa izin dalam paparan iklan komersial sebuah laman beli-belah atas talian.
Beliau yang juga terkenal di Malaysia sejak menjadi salah seorang juri dalam program terbitan Astro, Maharaja Lawak, bertindak demikian kerana merasakan haknya telah dicabuli.
"Saya tidak pernah memberikan izin kepada perniagaan itu untuk menggunakan gambar saya,” ujarnya dalam sebuah sidang media di Jakarta, lapor Kompas.com.
Farah berkata, kali pertama beliau mengetahui gambarnya dicuri guna adalah pada 4 September 2015, setelah diberitahu oleh seorang temannya.
Gambarnya itu diambil daripada muka depan sebuah buku masakannya untuk digunakan dalam iklan produk pisau dan kuali di laman web tersebut.
“Saya terus menghubungi peguam saya. Ia tindakan penting kerana ia boleh merosakkan reputasi saya, lebih-lebih lagi jika ia diguanakan untuk mempromosi barangan yang tidak diketahui kualitinya,” ujarnya dipertik sebagai berkata.
Perkara yang telahpun dilaporkan kepada jabatan siasatan jenayah Polis Republik Indonesia itu diharapkan Farah menjadi pengajaran kepada pihak yang melakukan perbuatan tersebut selain memberi peringatan kepada rakan-rakan selebriti lain, yang mungkin cenderung menjadi mangsa kes seumpamanya.
Tambah Farah, tindakan melapor kepada pihak berkuasa dan mengambil langkah undang-undang adalah penting kerana beliau sendiri sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan produk kelengkapan dan perkakasan dapurnya sendiri.
Farah Quinn merupakan selebriti gaya hidup yang mempunyai ramai pengikut termasuk dari kalangan warga Malaysia.
Topic Berkaitan
#chef selebriti Indonesia
#Farah Quinn
#gambar Farah Quinn dicuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan