Fasha dan Aaron kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri terbaru yang bakal menghiasi slot Megadrama, Patah Sayap Bertongkat Paruh.
Fasha yang menyarungkan uniform sekolah memuat naik sekeping foto bersama Aaron di laman Instagram miliknya dan memuji pelakon itu menerusi ruangan kapsyen.
"Datuk Aaron. Beliau adalah seorang Datuk yang humble. Dia terlalu sempoi.
"Sampai beberapa kali I minta maaf kat Aaron sebab lupa panggil Datuk but he said tak payah panggil Datuk sebab kita dah kawan lama," tulis Fasha.
Namun begitu, di ruangan komen, netizen lebih tertarik kepada kecantikan Fasha dan memperkatakan mengenai penampilan aktres itu yang sentiasa kelihatan awet muda.
BACA: Didukung tunang, Fasha dinasihat jaga batas pergaulan
BACA: 10 selebriti bakal gegar 2019: Apa kejutan Sajat tahun depan?
Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.
Selain Fasha dan Aaron, drama bersiri itu turut dijayakan oleh Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid, Elly Mazlein dan ramai lagi.