awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Fateh lahir kecil je, 2.8 kg' - Liza Hanim dedah wajah anak kelima

Gempak
Gempak
10/03/2019
00:00 MYT
'Fateh lahir kecil je, 2.8 kg' - Liza Hanim dedah wajah anak kelima
Memilih nama Mohamed Al Fateh, Liza memuat naik foto lelakinya itu selepas 44 hari dilahirkan. - Foto: Instagram @lizahanim79
BUAT pertama kalinya, bintang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim mendedahkan wajah anak kelimanya yang dilahirkan penghujung Januari lalu.
Memilih nama Mohamed Al Fateh, Liza memuat naik foto lelakinya itu selepas 44 hari dilahirkan.
“Assalamualaikum dunia.... perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.
“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya di akaun Instagram.
BACA: Tahniah! Liza Hanim selamat lahirkan anak kelima
View this post on Instagram
Assalamualaikum dunia.... perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari. Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.
“Tahniah... Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa... Semoga membesar dengan sihat... Selamat berpantang kak Liza Hanim,” komen @adeqristynaa_angah
“Comelnya! Besar dengan sihat & kuat baby Fateh, moga jadi pelindung untuk ibu & ayah kelak,” tulis @arilabdul
“Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat,” kongsi @anishafizah_ismail
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Topic Berkaitan
#anak
#anak lelaki Liza Hanim
#Instagram
#lelaki
#Liza Hanim
#Mohamed Al Fateh
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan