Personaliti media sosial Felixia Yeap teruja menjalani puasa pada kali pertama tahun ini dan berharap dapat melakukannya dengan baik.

Felixia atau lebih dikenali dengan gelaran ‘amoi berhijab’ menulis rasa tidak sabarnya itu di akaun Twitter dan Facebooknya.

Felixia sebelum ini sering diperkatakan orang ramai mengenai keputusannya untuk bertudung walaupun belum lagi memeluk agama Islam.

Namun, Felixia dijangka akan memeluk agama Islam secara rasmi pada 5 Ramadan depan sempena ulangtahunnya yang jatuh pada 3 Julai depan.



Sementara itu, umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah ke tiga Rukun Islam itu pada Ahad ini.

Di media sosial, trending ucapan salam Ramadan oleh orang ramai dan berazam mahu menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Tidak kurang juga ada yang mahu mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk menguruskan badan.

Namun bagi mereka yang tinggal jauh dari keluarga, hari pertama berpuasa mungkin tidak semeriah yang lain kerana tidak berpeluang berbuka bersama keluarga.














Walau bagaimanapun, setiap kali tibanya waktu Ramadan pastinya acara yang paling ditunggu adalah waktu berbuka puasa dan bersahur.

Dijangka hashtag #param atau Pasar Ramadan akan mula trending di media sosial seperti tahun-tahun lepas.

Namun apa yang pasti, semua mengharapkan agar Ramadan kali ini membawa lebih makna kepada semua.

Untuk mendapatkan cerita tentang bulan Ramadan, anda boleh menggunakan hashtag #JendelaRamadan dan #KosongKosong.