awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem asal adiwira, kutipan Venom 'baham' Thor dan Captain America

Yuzir Harafi
Yuzir Harafi
11/10/2018
00:28 MYT
Filem asal adiwira, kutipan Venom 'baham' Thor dan Captain America
Kutipan filem Venom mengalahkan Thor dan Captain America bagi minggu pembukaan filem origin adiwira
'VENOM', filem terbaru terbitan Sony Pictures sudah seminggu berada di pawagam dan dakwaan serta rating awal yang agak teruk bagi filem ini menguatkan lagi persepsi bahawa filem anti-hero ini akan 'flop'. Ada juga yang mengatakan filem ini tidak akan berjaya kerana ianya tidak berada di bawah naungan Marvel Studios walaupun watak Venom adalah watak dari Marvel.
Tetapi ianya tidak berlaku, 'Venom' berjaya menempatkan diri di dalam ranking pecah panggung dengan kutipan yang boleh membuatkan penerbitnya tersenyum lebar bagi filem origin superhero pada minggu pembukaan. Selain daripada itu, bukan sahaja filem symbiote lakonan Tom Hardy ini mengutip kutipan yang tinggi, ia juga mengalahkan beberapa adik beradiknya iaitu filem superhero dari Marvel Cinematic Universe, 'Thor' dan 'Captain America: The First Avenger'!
Ranking kutipan pecah panggung bagi filem origin adiwira. - Twitter @getFANDOM
Ranking kutipan filem pecah panggung bagi filem origin adiwira. - Twitter @getFANDOM
Menurut comicbook.com, Venom sekarang sudah setanding dengan filem-filem superhero yang terbaik sepanjang zaman berdasarkan kutipan pada minggu pembukaan. Di atas Venom adalah, Filem 'X-Men Origins: Wolverine'. Filem lakonan Hugh Jackman itu berjaya mengutip lebih dari $80 juta pada minggu pembukaan.
Walaupun Marvel Cinematic Universe terkenal dengan filem box office nya, filem 'Thor' berada di belakang 'Venom' dengan kutipan AS$65.7 juta pada minggu pembukaan. Begitu juga dengan filem 'Captain America: The First Avenger' yang jumlah kutipannya adalah AS$65 juta. Selain daripada itu, filem 'Ant-Man and The Wasp' juga berada di belakang Venom dengan kutipan sebanyak AS$75.8 juta pada minggu pembukaan.
Topic Berkaitan
#filem
#filem superhero
#kutipan
#Pecah Panggung
#superhero
#venom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan