Badan penapisan filem Indonesia, Lembaga Sensor Filem (LSF), meluluskan tayangan filem Avengers: Infinity War namun dengan durasi yang lebih pendek dari durasi asal.
Portal berita Kompas.com melaporkan, di Indonesia, filem berkenaan menjadi 149 minit iaitu 7 minit lebih pendek dari durasi asal iaitu 156 minit, atau 2 jam 36 minit.
Filem berkenaan itu juga diklasifikasikan bagi tayangan 13 tahun ke atas yang menurut LSF mempunyai unsur-unsur keganasan.
Menurut Ketua LSF Ahmad Yani Basuki, keputusan pemotongan beberapa adegan itu diambil oleh pasukannya setelah mengambil kira klasifikasi usia yang ditetapkan.
"Masing-masing kriteria umur ada tapisannya. Jika ia tidak sesuai untuk satu-satu umur, filem itu akan ditapis," katanya kepada Kompas.
Jelas Ahmad Yani, filem-filem adiwira pastinya ada adegan yang menunjukkan aksi ganas, mahupun dialog yang tidak sesuai untuk tontonan lingkungan usia tertentu.
"Kalau untuk tontonan 13 tahun ke atas, penonton yang berusia seperti itu ada kecenderungan untuk meniru. Memang sesuatu itu harus ada batasan-batasannya.
"Jika penilaian (LSF) jelas, ia ada kaitannya dengan soal usia penonton. Maka harus dinilai setakat mana terdapat elemen keganasan, kelucahan, atau hal-hal lain (yang tidak bersesuaian)," kata Ahmad Yani.
Filem Avengers: Infinity War dijangka mampu mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Marvel.
Filem ini mengisahkan perjuangan barisan adiwira ini menghalang watak jahat, Thanos, daripada mengumpul kesemua enam 'infinity stone'.
Avengers: Infinity War bakal membuka tayangannya di seluruh dunia bermula 25 April ini selepas tayangan perdananya di Los Angeles pada 23 April.
Agensi
Sat Apr 14 2018

Jelas Ahmad Yani, filem-filem adiwira pastinya ada adegan yang menunjukkan aksi ganas, mahupun dialog yang tidak sesuai untuk tontonan lingkungan usia tertentu. - YouTube Marvel
![[ TERKINI ] Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM [ TERKINI ] Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28164163791610809862521/1885854_31570730741610810159623_640x360.jpg)
[ TERKINI ] Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia pada Sabtu mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan #COVID19. Ikuti perkembangan lanjut bersama Yang Dipertua Mimbar Pemuafakatan Ibu Bapa (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail.

COVID-19 | Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

COVID-19 | Sarawak laksanakan PKPB bermula Isnin
Sarawak membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di semua bahagian di negeri itu kecuali Sibu. Keputusan dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu itu adalah usaha proaktif mengekang penularan COVID-19 di negeri berkenaan. SOP pelaksanaan PKPB itu akan diumumkan pada Ahad.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (16 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (16 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/1106251811610809862505/1885851_8967789641610809990934_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (16 Jan 2021)

COVID-19 | Naib Presiden Pas, Idris Ahmad positif COVID-19
Ahli Dewan Negara itu disahkan positif selepas dipercayai menjadi kontak rapat ketika berada di Perlis.

PMO nafi RM35.43 juta untuk bina satu dewan di Pagoh
Pejabat Perdana Menteri PMO menafikan dakwaan bahawa peruntukan RM35.43 juta adalah semata-mata untuk pembinaan satu dewan di Parlimen Pagoh, seperti mana yang tular pada Sabtu. Dalam satu kenyataan PMO menjelaskan peruntukan pembangunan tersebut melibatkan pembinaan tiga dewan orang ramai.

Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang
Dalam kejadian membabitan bot nelayan kira-kira jam 4 pagi itu, dua mangsa dilaporkan selamat, manakala dua lagi masih hilang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita tentang kes positif baharu tertinggi sebanyak 4029 yang dicatatkan merupakan antara pilihan pembaca Astro AWANI.

Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berita tentang pekerja pembersihan di India yang bakal menjadi orang pertama terima suntikan vaksin di India antara pilihan pembaca

Filem 'Avengers: Infinity War' untuk tayangan Indonesia dipotong 7 minit
Di Indonesia filem berkenaan menjadi 149 minit iaitu tujuh minit lebih pendek dari durasi asal iaitu 156 minit atau 2 jam 36 minit.