FILEM terkini Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan dilaporkan tidak mencapai sasaran atau kutipan pecah panggung meski ia turut dibintangi oleh ramai pelakon gred A Bollywood.
Ia malah mendapat banyak komen negatif dalam kalangan pengkritik filem.
Kutipan karya arahan Farhad Samji itu tidak mencecah RM2.7 juta untuk tempoh sepanjang minggu lalu, lapor Hindustan Times.
Laporan Boxofficeindia.com pula mendedahkan filem itu merudum sebanyak 30 peratus daripada sasaran kutipan tiket.
Selain Salman, filem tersebut dibintangi Venkatesh dan Pooja Hegde bersama pelakon lain termasuk Jagapathi Babu, Jassi Gill, Raghav Juyal, Siddharth Nigam, Shehnaaz Gill, Vijender Singh dan Palak Tiwari.
Sementara itu, seorang pengkritik filem menyifatkan Kis Ka Bhai Kisi Ki Jaan sebagai filem yang sengaja direka sehingga terlalu meleret.
“Pada minit ke-144, filem ini terasa sangat lama, terlalu meleret dan ‘menyakitkan’.
“Saya kira lagu-lagu yang dimuatkan sepatutnya menjadi sebuah album. Bukan menjadi runut bunyi sehingga jika anda membuang lagu-lagu ini, karya ini tidak menarik untuk ditonton,” ulasnya.
Kis Ka Bhai Kisi Ki Jaan mengandungi lagu-lagu seperti Naiyo Lagda, Billi Billi, Jee Rahe The Hum (Falling in Love), Bathukamma, Yentamma, O Balle Balle and dan Lets Dance Chotu Motu yang dinyanyikan dalam bahasa Telugu. -- Gempak
Gempak
Fri Apr 28 2023

Laporan Boxofficeindia.com mendedahkan filem itu merudum sebanyak 30 peratus daripada sasaran kutipan tiket. - Gempak
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan
Aktor Bollywood Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April.

Peminat bakar mercun dalam pawagam, teruja tonton filem baharu Salman Khan
Sekumpulan peminat membakar mercun di dalam pawagam sebagai tanda meraikan filem tersebut.

Filem baharu Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan tak laku
Filem terkini Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan dilaporkan tidak mencapai sasaran atau kutipan pecah panggung meski ia turut dibintangi oleh ramai pelakon gred A Bollywood.

Selepas terima ugutan bunuh, Salman Khan beli SUV kalis peluru
Kenderaan berwarna putih itu dimport dari luar negara kerana model yang dikehendaki Salman tidak dikeluarkan di India.

'Jangan melampau, ini India' - Salman Khan selar kandungan berbaur seks di Bollywood
Tegas Salman, semua konten bersifat sedemikian patut ditapis terlebih dahulu atau sama sekali tidak ditayangkan langsung.

Pelakon terkenal India Salman Khan dipatuk ular
Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di hospital.

Lagu Hindustan yang pasti menggamit memori!
Sebutkan saja tajuk-tajuk filem seperti Kuch-Kuch Hota Hai, Dilwale, Dil To Pagal Hai, Kabhi Khushi Kabhi Gham dan banyak lagi, pasti ramai yang tahu.

Salman Khan derma RM5.2 juta kepada 19,000 pekerja industri Bollywood terjejas
Seramai 3,000 pekerja telah memperoleh wang bernilai 5,000 Rupee India (RM286) setiap seorang dan berbaki lagi 16,000 orang.

Salman Khan rampas telefon peminat
Polis yang bertugas di lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, pihaknya sudah meneliti video dan bertemu dengan lelaki tersebut.

Ketika selebriti Bollywood mahu berperang, ini tindakan selebriti Pakistan
Selebriti Bollywood bagaikan bersorak memberi sokongan dengan tindakan yang diambil kerajaan India.