Filem arahan Dain Said mengungguli malam pembukaan Festival Filem Malaysia ke 25 apabila membawa pulang tiga trofi Anugerah Cipta. Antara anugerah yang dimenangi filem tersebut termasuk Penataan Seni Terbaik untuk Dain Said, Penataan Bunyi Terbaik untuk Raja Ahmad Shahidaly dan Skor Muzik Asal Terbaik untuk Mendiang Tan Yan Wei.

Pengarah muda berbakat, Syafiq Yusof membawa pulang trofi Pengarah Harapan menerusi filem SAM. Untuk Filem Pendek Terbaik, filem bertajuk Sanzaru terbitan Reservoir Production Sdn. Bhd. muncul sebagai pemenang dan Filem Animasi Terbaik dimenangi oleh filem Ninja VS Pirate terbitan The One Academy.

Lagu Tema Terbaik dimenangi oleh Nurzaidi Abdul Rahman menerusi lagu Ombak Rindu. Filem Hantu Gangster pula membawa pulang trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi lakonan Tee Jing Chen. Filem 29 Februari memenangi kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik untuk Hasnan Yaacob. Manakala Poster Terbaik dimenangi filem Seefood.

Majlis pembukaan Festival Filem Malaysia ke 25 berlangsung di eCurve, Mutiara Damansara malam tadi. Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 25 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 2 Mac.

Astro RIA, Mustika HD dan TV2 bertindak selaku penyiar rasmi.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik
1. Strangers (Reservoir Production Sdn. Bhd.)
2. Guang (Reservoir Production Sdn. Bhd.)
3. Sanzaru (Reservoir Production Sdn. Bhd.) (Pemenang)
4. Pasport Ekspres (Red Films)
5. Leman (Ahmad Hafiz Abd Rashid)

Filem Animasi Terbaik
1. The Best Recipe (The One Academy)
2. Tooth (The One Academy)
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib (Elite Animation SB)
4. Ninja VS Pirate (The One Academy) (Pemenang)
5. Toi-Toi (The One Academy)

Pengarah Harapan
1. Syafiq Yusof (SAM) (Pemenang)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

Penataan Seni Terbaik
1. Dain Said (Bunohan) (Pemenang)
2. Angie Choo (Songlap)
3. Mazalan Zulkifli (29 Februari)
4. Silver Ant Sdn. Bhd. (Seefood)
5. Nazrul Asraff Mahzan (Misteri Jalan Lama)

Penataan Bunyi Terbaik
1. Megat Sazali Rohimi (29 Februari)
2. Raja Ahmad Shahidaly (Bunohan) (Pemenang)
3. Daniel Tang (Hoore Hoore)
4. Zolkefli Mat Tahir (Songlap)
5. Megat Sazali Rohimi (Hantu Kapcai)

Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri / Edry Abdul Halim (29 Februari)
2. Idola / Audi Mok/Norazlan Rose (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu / Nurzaidi Abdul Rahman (Ombak Rindu) (Pemenang)
4. We Are Gangster / Namawee, Reshmonu, Ashtaka & 5Forty2 (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik / Edry Abdul Halim (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta / Dakmie (7 Petala Cinta)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster) (Pemenang)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Nasirah Ramlan (Misteri Jalan Lama)
2. Hasnan Yaacob (29 Februari) (Pemenang)
3. Muhammad Sharelzahadi Koh (Songlap)
4. Mohammad Afizal Mohamed Aris (Chow Kit)
5. Sarah Lee Ann (Hantu Gangster)

Poster Terbaik
1. 8 Jam (MIG Pictures Sdn. Bhd)
2. Seefood (Silver Ant Sdn. Bhd.) (Pemenang)
3. Cinta Kura Kura (KRU Studios Sdn. Bhd.)
4. Bunohan (Apparat Films)
5. Hantu Air (Multimedia Ent. Sdn. Bhd.)

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Mendiang Tan Yan Wei (Bunohan) (Pemenang)
2. Khairil Ridzuan Annuar (Loque) (Songlap)
3. Edry Abdul Halim (29 Februari)
4. Audi Mok (Hoore Hoore)
5. Dr. Syed Ahmad Faizal Al-Attas (Misteri Jalan Lama)

Senarai penuh pencalonan FFM25 boleh diperolehi di sini.