awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Keluang Man tak jadi, Rizal Halim mohon maaf

Gempak
Gempak
21/04/2018
10:25 MYT
Filem Keluang Man tak jadi, Rizal Halim mohon maaf
Rizal Halim yang pernah mengarah filem di Australia mengambil keputusan tarik diri daripada mengarah filem terbaru yang adaptasi siri kartun televisyen popular, Keluang Man. -Astro Gempak
PENGARAH filem, Rizal Halim yang pernah mengarah filem di Australia mengambil keputusan tarik diri daripada mengarah filem terbaru yang adaptasi siri kartun televisyen popular, Keluang Man.
Jelasnya, dia berpandangan projek filem baharu itu dapat membantu menaikkan semula jenama kartun itu di layar perak selain menarik perhatian peminat generasi baru.
"Niat pada awalnya adalah mahu membantu satu sama lain antara saya dengan produser, pemegang IP (Harta Intelek) jenama kartun itu termasuk rakan artis yang sudah teruja untuk turut serta," katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun, Rizal menyatakan wujud sebab tertentu dalam perbincangan terbabit yang menyebabkan dia tarik diri.
"Ada rakan artis di Singapura dan Indonesia teruja nak berlakon filem ini termasuk ada yang sudah membuat latihan berlakon. Apapun saya mohon maaf pada mereka kerana saya tarik diri," katanya.
Rizal merupakan pengarah filem tempatan pertama yang mengarah filem di Australia menerusi Lurking Woods yang ditayangkan di sini pada tahun lalu.
"Saya nampak cerita seperti Keluang Man yang sudah ada jenama dan peminat boleh jadi besar jika ia dijadikan sebuah filem. Plot sebegini lebih mudah sebenarnya untuk tarik perhatian penonton ke pawagam," katanya.
Meskipun tiada rezeki bersama Keluang Man, Rizal tetap bersemangat dengan filem keduanya, Tainted Getaway, yang membawa genre romantik aksi yang dijangka tayangan pada tahun depan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi Foto: Facebook - Rizal Halim
Topic Berkaitan
#Keluang Man
#lurking woods
#Rizal Halim
#siri kartun televisyen popular
#Tainted Getaway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan