awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan

Gempak
Gempak
31/05/2024
11:20 MYT
Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Filem Sheriff dan The Experts masing-masing mengungguli carta box office sebagai filem tempatan pada bulan April dan Mei 2024. -Gempak
BAGI penggemar filem, kunjungan ke pawagam merupakan salah satu cara untuk menikmati karya-karya baharu, baik terbitan produser tempatan mahupun antarabangsa.
Namun, bagaikan sudah menjadi satu kebiasaan, filem terbitan luar negara lebih mendapat sambutan berbanding naskhah-naskhah yang dikeluarkan oleh karyawan tempatan.
Tangguh
Begitupun, menerusi laporan yang pernah diterbitkan oleh The Star pada Mac lalu, penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, terdapat sekitar tujuh hingga sembilan buah filem tempatan yang berpotensi mencapai kejayaan box office.
“Kita boleh katakan ini adalah satu peluang kerana saya mendapat maklumat daripada pihak pawagam (industri) bahawa terdapat beberapa syarikat perfileman antarabangsa yang meminta untuk menangguhkan filem mereka ke tahun depan.
“Dalam perbincangan dengan pengusaha pawagam, didapati selain filem tempatan, terdapat juga banyak filem dari Asia Tenggara yang mampu menyaingi filem Hollywood,” katanya kepada Bernama selepas kemunculan tetamu di program Jendela Fikir Bernama Radio bertajuk Challenges And Masa Depan Filem Tempatan Di Pawagam.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Finas bekerjasama dengan MAFE untuk merancang, menganalisa dan mengenal pasti filem tempatan yang berpotensi menjadi hit box office
“Kami berbincang dengan penerbit yang akan menerbitkan filem terutama mengenai pemasaran kerana kami mahu mereka mengumumkan filem itu dua atau tiga bulan sebelum tayangannya jika boleh.
"Ini penting untuk mendapatkan maklumat mengenai filem itu kerana proses itu membantu menarik penonton ke pawagam dan mendapat reaksi," katanya.
Dalam perkembangan lain, filem Sheriff dan The Experts masing-masing mengungguli carta box office sebagai filem tempatan pada bulan April dan Mei 2024.
Setakat ini, Sheriff meraih kutipan tiket sebanyak RM60.5 juta, menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem nombor satu Malaysia pada 2024.
Manakala filem The Expert yang baru dilancarkan pada 23 Mei lalu pula mengungguli carta dengan kutipan tiket berjumlah RM5 juta. -Gempak
Topic Berkaitan
#Box Office
#antarabangsa
#Sheriff
#The Experts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan