awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem OlaBola raih RM2.5 juta empat hari tayangan

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2016
15:06 MYT
Filem OlaBola raih RM2.5 juta empat hari tayangan
Selain kutipan yang memberangsangkan, filem arahan Chiu Keng Guan ini turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada semua rakyat Malaysia.
Filem OlaBola yang telah membuka tirai pada 28 Januari berjaya meraih RM2.5 juta dalam tempoh 4 hari.
Filem terbitan Astro Shaw ini ditayangkan menerusi 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.
Selain kutipan yang memberangsangkan, filem arahan Chiu Keng Guan ini turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada rakyat Malaysia.
Malah, ia turut trending di laman Twitter sebanyak enam kali oleh pemilik akaun Twitter dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia.
BACA: #OlaBola topik nombor satu Twitter, netizen rai hari tayangan pertama
OlaBola filem terbitan Astro Shaw berjaya raih 2.5 juta dalam tempoh empat hari.
OlaBola filem terbitan Astro Shaw berjaya raih 2.5 juta dalam tempoh empat hari.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata filem OlaBola bukan sahaja memaparkan sukan bola sepak, namun menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia.
"Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan, manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan.
BACA: 'OlaBola bukan sekadar filem bola sepak' - Pengarah BACA: 'OlaBola' semarakkan kegemilangan bola sepak negara
"OlaBola juga turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu,” kata Henry dalam satu kenyataan.
OlaBola dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee.
Barisan pelakon bukan sahaja perlu mengikuti kelas berlakon tetapi latihan bola selama tiga bulan sebelum penggambaran dimulakan.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#OlaBola
#trending di media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan