awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Pengabdi Setan 2: Communion, lebih seram dan bermutu - Zahidi

Bernama
Bernama
10/08/2022
02:15 MYT
Filem Pengabdi Setan 2: Communion, lebih seram dan bermutu - Zahidi
Zahidi dan isteri (tengah) ketika sesi bergambar semasa menghadiri tayangan perdana filem Pengabdi Setan 2: Communion di panggung wayang GSC Tropicana Gardens, Kuala Lumpur, 9 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Filem Pengabdi Setan 2: Communion dijangka mendapat sambutan penggemar filem seram di negara ini kerana berjaya menampil kualiti yang lebih memuaskan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata mutu lakonan filem berkenaan juga amat memuaskan.
"Pelakon (filem) telah memberikan prestasi yang menjadikan filem lebih menyeramkan, dan itu adalah sesuatu yang amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas majlis Tayangan Perdana filem berkenaan di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau memberikan markah penilaian tujuh daripada 10 untuk keseluruhan filem berkenaan.
Pengabdi Setan 2: Communion akan mula ditayangkan pada 11 Ogos ini menampilkan barisan pelakon seperti Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz dan Bront Palarae.
Ia merupakan sekuel filem berjudul Pengabdi Setan yang ditayangkan pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengabdi Setan 2 Communion
#filem seram
#Zahidi Zainul Abidin
#sekuel filem Pengabdi Setan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan