KUALA LUMPUR: Filem cereka 'Prebet Sapu' arahan Muzammer Rahman, telah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac depan.
Finas dalam kenyataan memaklumkan filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio itu dihantar untuk bertanding bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.
Pemilihannya ke anugerah tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman.
"Ini selepas ia melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan,penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dansuntingan filem.
"Pemilihannya juga dibuat berdasarkan pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur sendiri," menurut kenyataan itu.
Finas berkata filem 'Prebet Sapu', adalah filem arahan sulung Muzammer menampilkan Amerul Affendi dan Mei Fen Lim sebagai teraju utama.
Turut membintangi filem tersebut ialah Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi.
Finas berkata selain Oscars, filem yang dihasilkan dalam konsep hitam putih ini juga telah mewakili Malaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa termasuklah Udine Far East Film Festival, Itali; Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada; Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.
Prebet Sapu mengisahkan kehidupan anak muda yang mencari makan di Kuala Lumpur sebagai pemandu prebet sapu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Filem 'Prebet Sapu', adalah filem arahan sulung Muzammer menampilkan Amerul Affendi dan Mei Fen Lim sebagai teraju utama.- Foto Instagram/prebetsapufilm
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Wanita ditahan bawa tiga lelaki Bangladesh tanpa dokumen sah
Wanita berkenaan mendakwa dibayar sebanyak RM450 oleh seorang lelaki yang juga warganegara Bangladesh untuk membawa ketiga-tiga lelaki berkenaan ke Keteri Perlis.