CANNES: Filem seram, 'Sumpahan Jerunei' terbitan Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd telah menarik minat beberapa bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film 2022 yang disifatkan sebagai antara pasaran filem terbesar di dunia.
Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd Datin Dr Wendy Wong berkata setakat ini, sebanyak enam pembeli dari Amerika Syarikat dan satu pembeli dari United Kingdom menunjukkan minat untuk membeli filem arahan pengarah Jason Chong itu.
"Filem ini menerima tawaran daripada banyak pengedar atau ejen. Buat sementara ini kita tengah fikir mana satu pilihan yang terbaik sekali. Ini kerana kami kena pilih satu pembeli sahaja.
"Kita punya kriteria jangan pembeli ambil 'worldwide right' kerana ramai ejen nak ambil worldwide right, kalau ambil worldwide right kita tak dapat kawal dan kita tak nak hilang pegangan Asia itu. Sekarang kita sedang dalam dilema sebab tiga pembeli yang disenarai pendek ada keistimewaan sendiri," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek, Sumpahan Jerunei dihasilkan berdasarkan kisah benar yang memaparkan sejarah kaum Melanau berkaitan adat pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak.
Sementara itu, seorang lagi Pengarah Eksekutif syarikat produksi itu Datuk Nancie Foo berkata Sumpahan Jerunei mendapat perhatian daripada pembeli antarabangsa berikutan filem berkenaan memaparkan kisah benar selain ia merupakan filem seram yang melibatkan budaya.
"Memang pembeli asing suka sangat, mereka suka tajuk asli dan budaya. Dalam filem ini memang semua adalah asli. Lokasi pun memang lokasi asal. Bila mereka (pembeli) dah dapat tiga perkara ini, mereka sudah tertarik," katanya.
Beliau berkata perbincangan bersama pembeli yang berpotensi telah pun dibuat sejak dua tahun lepas dan Marche Du Film menjadi platform untuk mereka mengadakan perbincangan lanjut serta membuat pilihan dan seterusnya memeterai perjanjian.
Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.
Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Tan Sri Annuar Musa (duduk, tengah) sebagai ketua delegasi Malaysia ke Marche Du Film beramah mesra bersama Datuk Nancie Foo (berdiri, kanan) dan Dr Wendy Wong (duduk, kiri) yang menunjukkan poster filem Jerunei. - Bernama
Konflik Asia Barat: Menteri Luar Iran gesa pemimpin dunia henti kekejaman zionis
Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi menggesa rakan sejawatnya dari seluruh dunia untuk mempergiat usaha menghentikan kekejaman dilakukan rejim Zionis di Asia Barat.
Menerusi satu hantaran di X, kementeriannya berkata tindakan jenayah dilakukan zionis merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, serta jelas menggambarkan apa itu jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan genosid.
Menerusi satu hantaran di X, kementeriannya berkata tindakan jenayah dilakukan zionis merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, serta jelas menggambarkan apa itu jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan genosid.
Konflik Asia Barat: 9 pemimpin EU gesa gencatan senjata segera
Pemimpin sembilan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) di Mediterranean menggesa gencatan senjata segera selepas peningkatan ketegangan mendadak dalam konflik antara Israel dan tentera Hizbullah yang disokong Iran di Lubnan.
Konflik Asia Barat: Perancis, Itali, Sepanyol kecam serangan Israel terhadap UNIFIL
Pemimpin Perancis, Itali dan Sepanyol mengecam serangan Israel terhadap tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikenali sebagai UNIFIL, pada Jumaat.
Konflik Asia Barat: Perancis ulangi komitmen tamatkan eksport senjata ke Israel
Presiden Perancis mengulangi gesaannya untuk menamatkan eksport senjata yang digunakan Israel dalam pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza dan Lubnan.
Terbuka Artik: Zii Jia tersekat di suku akhir
Pemain ranking ke-14 dunia dari Jepun, Koki Watanabe menyekat kemaraan perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan gelaran di Terbuka Artik.
Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik
Dalam saingan suku akhir di Energia Areena, Vantaa, Finland, Sze Fei-Nur Izzuddin diheret beraksi hingga set penentuan sebelum berjaya mengetepikan gandingan Indonesia Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 23-21, 19-21, 22-20 dalam pertarungan penuh mendebarkan.
Seorang maut, dua selamat dalam insiden bangunan runtuh
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam insiden pada 6 petang itu, lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Jidan, 22,ditemukan maut dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit.
Malaysia terima tugas Pengerusi ASEAN 2025
Malaysia hari ini menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025, daripada Laos pada majlis sama, Malaysia buat kali pertama turut memperkenalkan logo ASEAN Malaysia 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan".
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia beri jaminan tindakan akan dibuat secara konsensus
Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, beliau berkata Malaysia yang mengambil alih kepemimpinan ASEAN memilih tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ bagi mencerminkan aspirasi kemajuan bersama tanpa ada pihak yang tercicir.
Tragedi UiTM Dungun: Hajat Mal nak pakai jubah konvo sekali lagi tak kesampaian
Muhammad Zhafran memuat naik beberapa keping gambar bersama arwah ketika Majlis Konvokesyen di Politeknik Merlimau pada November tahun lalu.
Filem seram 'Sumpahan Jerunei' pikat bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film
Setakat ini, sebanyak enam pembeli dari Amerika Syarikat dan satu pembeli dari United Kingdom menunjukkan minat.