Filem-filem tempatan yang mencatatkan kutipan pecah panggung di negara ini akan bersaing dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) yang turut disertai oleh penerbit Saving Private Ryan, Gary Levinsohn.
AIFFA 2013 berlangsung selama tiga hari pada 28 – 30 Mac ini, merangkumi pelbagai aktiviti yang dimulakan dengan “Movies In The Rainforest” yang bertempat di Kampung Budaya Sarawak, dimana dua hari terakhir akan berlansung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, BCCK yang memuatkan seminar dan pameran pada hari kedua dan ‘Gala Nite’ sebagai penutup acara yang turut diisi dengan penyampaian anugerah bagi 16 kategori filem-filem yang dicalonkan.
Antara filem yang bersaing di dalam anugerah ini adalah Adnan Sempit 2, Jalan Kembali Bohsia 2, Mael Lambong, Hantu Gangster, Hantu Kapcai dan Istanbul, Aku Datang, SeeFood, Fist of Dragon dan filem 3D pertama Malaysia, 29 Februari yang akan merebut 16 kategori anugerah seperti filem, pengarah dan pelakon terbaik.
Pengarah AIFFA 2013, Livan Tajang berkata penyertaan dan sokongan daripada penggiat filem tanahair ini menunjukkan AIFFA 2013 mampu menjadi platform dalam memperkenalkan karya tempatan ke persada antarabangsa.
“Nama-nama besar dalam industri tanahair seperti Syamsul Yusof menerusi Skop Production, Edry Abdul Halim menerusi KRU Studios, Ahmad Idham dan Bob Hasim menerusi Metrowealth Pictures (MIG) membuktikan AIFFA 2013 diberi kepercayaan dalam membawa filem yang dihasilkan anak tempatan ke mata dunia.” katanya.
Livan berkata filem yang berjaya mencerminkan konsep sebenar Asia Tenggara akan membawa pulang anugerah paling berprestij iaitu “ASEAN Spirit Award” seiring dengan matlamat asalnya memberi pengiktirafan kepada filem yang mencatat pencapaian cemerlang di rantau ASEAN.
AIFFA 2013 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia), serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Festival ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari negara ASEAN, Bollywood dan Hollywood
juga telah melancarkan pertandingan filem pendek Julai tahun lalu yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertandingan pendek untuk pelajar dan satu lagi kategori untuk orang awam.
Bertemakan ‘Naturally Beautiful ASEAN’, pertandingan untuk Filem Cereka dan Filem Pendek hendaklah menggabungkan elemen yang berkaitan dengan ASEAN.
Tiket ke‘Movies in the Rainforest’ boleh didapati dengan harga RM18, sila hubungi 082 – 414661 atau 1800 88 96753 untuk tempahan.
Astro Awani
Tue Mar 26 2013

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Shaheizy Sam menang Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA
Pelakon sensasi negara, Shaheizy Sam meraih kemenangan dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.
Filem tempatan bersaing di AIFFA 2013
Filem-filem tempatan di negara ini akan bersaing dalam AIFFA 2013 yang turut disertai oleh penerbit Saving Private Ryan, Gary Levinsohn.

Tonton 80 filem ASEAN tanpa henti
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA 2013) akan diadakan di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak pada 28 Mac 2013. Lebih 80 buah filem akan dipertandingkan dalam acara tersebut.