awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fizo Omar ikrar derma organ

Bernama
Bernama
28/03/2015
12:24 MYT
Fizo Omar ikrar derma organ
Dalam status yang dimuat naik pada Jumaat lalu, beliau menyatakan: "Insya- Allah, saya doakan agar organ yang didermakan nanti memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan".
Pelakon Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar telah berikrar untuk menderma organnya.
Kementerian Kesihatan menyambut baik ikrarnya ini yang pasti memberi harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan di negara ini.
Kenyataan kementerian berkenaan menyebut Fizo, 30, menyatakan ikrar itu menerusi laman sosial Facebook beliau.
"Ikrar tersebut juga telah dimaklumkan kepada isteri dan ibu beliau kerana menurut Fizo, di saat kematiannya nanti, hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh memberi kebenaran untuk menderma organ," menurut kenyataan itu.
Ikrar derma organ oleh Fizo Omar
Ikrar derma organ oleh Fizo Omar
Dalam status yang dimuat naik pada Jumaat lalu, beliau menyatakan: "Insya- Allah, saya doakan agar organ yang didermakan nanti memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan".
Kementerian Kesihatan berkata seseorang yang berikrar menjadi perderma organ perlu memberitahu anggota keluarga terdekat mereka kerana Akta Tisu Manusia 1974 memperuntukkan hanya anggota keluarga sahaja berhak memberi kebenaran bagi menderma organ si mati pada saat kematiannya.
Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1970 membuat ketetapan bahawa hukum pendermaan organ adalah harus bagi umat Islam.
Topic Berkaitan
#derma
#Fizo Omar
#organ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan