awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Free Solo' filem gila kisah pendaki berani mati

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
14/03/2019
08:49 MYT
'Free Solo' filem gila kisah pendaki berani mati
Filem dokumentari 'Free Solo' terbitan National Geographic mungkin boleh dianggap antara cerita gila yang mampu membuatkan jantung penonton berhenti berdegup ketika mengunyah bertih jagung. - Foto NatGeo
REALITINYA filem berunsur dokumentari sememangnya jarang mendapat tempat di hati peminat filem tanah air.
Barangkali juga, selera penonton di Malaysia ialah gemar menonton filem-filem berunsur seram,cinta romantik,jenaka dan lain-lain.
Bagaimanapun, harus diingat, tidak semua filem genre berkenaan membosankan sebenarnya.
Filem dokumentari “Free Solo” terbitan National Geographic mungkin boleh dianggap antara cerita gila yang mampu membuatkan jantung penonton berhenti berdegup ketika mengunyah bertih jagung.
Filem yang mengisahkan pendaki gunung Alex Hannold ini nyata mampu memberikan impak berlainan kepada penonton.
Hannold merupakan seorang pendaki gunung bebas iaitu mendaki sendirian tanpa menggunakan sebarang alat bantuan seperti tali dan sebagainya gigih melakukan percubaan mendaki El Capitan yang terletak di Yosemitte National Park,California.
Gunung yang berketinggian 3,200 kaki itu bukan calang-calang cabarannya buat pendaki biasa namun Hannold mahu mendakinya tanpa tali.
Hannold seakan mencabar takdir dengan bermain di cerunam maut yang dia sendiri sebenarnya takuti
Ia adalah kisah sebenar yang cukup gila yang dirakamkan dalam bentuk filem oleh National Geographic di bawah arahan E.Chai Vasarhelyi dibantu dengan cinematography Jimmy Chin yang terkenal sebagai jurukamera pendaki profesional nyata menghasilkan karya yang boleh dikategorikan sebagai hebat.
Filem ini telah mendapat anugerah Academy Awards dan BAFTA Film Awards sebagai filem dokumentari terbaik mungkin tidak akan mengecewakan penonton Malaysia.
Mungkin filem ini boleh menjadi pengubah persepsi masyarakat tentang filem dokumentari yang banyak menghimpunkan maklumat dan menceritakan kisah yang benar.
Bagi geng kaki mendaki,filem ini adalah yang terbaik untuk anda tontoni.
Topic Berkaitan
#California
#Free Solo
#Malaysia
#National Geographic
#Oscars
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan