SELEPAS kali terakhir datang ke Malaysia pada tahun 2019, band terkenal berasal dari Indonesia, Nidji bakal mengubati rindu peminat menerusi satu mini konsert pada acara Dream Festival yang dianjurkan oleh Inspire IDN pada 16 Mac depan.
Bagaimanapun, pada konsert kali ini Nidji tidak bersendirian apabila band tersebut bakal berkolaborasi bersama seorang pemuzik tersohor negara itu, Budi Doremi.
Penganjur mahu tampilkan kelainan
Menurut wakil Inspire IDN, Gita, gabungan Budi Doremi x Nidji merupakan kelainan yang cuba ditampilkan pihak mereka memandangkan kedua-duanya membawakan genre yang berbeza.
Ini kerana, Budi Doremi lebih dikenali dengan muzik bergenre pop reggae, manakala Nidji pula lebih dikenali dengan muzik bergenre modern rock.
Malah, pihaknya juga merasa teruja memandangkan ini kali pertama Inspire IDN menganjurkan festival di negara ini.
“Terima kasih Budi dan Nidji kerana menjadi barisan artis yang bersama kami untuk debut pertama di Malaysia.
“Objektif kami adalah ingin menampilkan sesuatu yang berbeza dan kita lihat genre muzik yang berbeza juga daripada kedua dua mereka.
“Ketika pihak kami melamar Budi dan Nidji, kemudian mereka bersetuju, itu adalah satu keputusan yang sangat teruja buat kami.
“Kolaborasi antara mereka sangat unik. Semoga ini menjadi satu persembahan yang bagus nanti,” katanya.
Memilih Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasi, konsert mini Budi Doremi x Nidji bakal menghiburkan peminat dengan koleksi lagu popular dan hits kedua dua pemuzik tersebut.
Nidji imbau kenangan lama
Sementara itu, menurut pemain gitar Nidji, Rama, dirinya akui teruja apabila dia bersama band itu dapat kembali sekali lagi di Malaysia.
“Alhamdulillah, akhirnya dapat kembali sekali lagi ke Malaysia untuk buat persembahan. Perasaan sangat gembira dapat datang ke Kuala Lumpur.
“Banyak yang kami ingin sajikan pada malam konsert tersebut. Yang pastinya kami janji penonton akan terhibur.
“Kami juga sangat teruja, kali terakhir 2019, Inspire production telah membawa kami semula dengan usia band kami yang sudah mencecah 21 tahun dalam industri muzik.
“Ini seperti mengulang perjalanan awal Nidji, sebelum ini kita terganggu kerana COVID-19. Kali ini dapat hiburkan semula dan buat konsert, senang sangat rasanya,” katanya.
Budi Doremi persiapkan muzik
Dalam pada itu, Budi juga akui teruja untuk tampil pada konsert berkenaan memandangkan ini merupakan penampilan sulungnya bagi persembahan berskala besar.
“Ini kali pertama saya konsert di Malaysia. Tapi pernah juga datang ke Malaysia untuk promosi lagu saya.
“Jadi antara persiapan yang saya buat adalah menjaga kesihatan saya sebaiknya, jaga suara saya. Persiapkan muzik yang saya akan bawakan nanti agar nanti lancar nanti,” katanya.
Bagi yang berminat, pembelian tiket dapat didapati melalui aplikasi dan laman web https://www.ticket2u.com.my
*Artikel asal di portal Gempak
Gempak
Fri Feb 17 2023
Nidji bakal berkolaborasi bersama Budi Doremi pada acara Dream Festival yang dianjurkan Inspire IDN pada 16 Mac depan. -Gempak
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Gabungan reggae/rock, konsert Budi Doremi x Nidji 16 Mac bakal tampil kelainan
Gabungan Budi Doremi x Nidji merupakan kelainan yang cuba ditampilkan pihak mereka memandangkan kedua-duanya membawakan genre yang berbeza.
Giring Nidji isytihar bertanding kerusi Presiden Indonesia 2024
"Saya akan bertanding pada pemilihan Presiden 2024. Beri saya peluang untuk berkidmat kepada rakyat."
Sumpah dan Cinta Matiku jadi taruhan Nidji
Band popular Indonesia, Nidji kembali ke Malaysia untuk melancarkan album kompilasi berjudul The King of Soundtrack.