Buat kali pertama, satu siri gambar hitam putih yang menunjukkan suasana konsert jelajah Rolling Stones pada tahun 1963, bakal didedahkan kepada umum di timur London, bulan ini.
Reuters melaporkan, gambar-gambar itu, yang dirakam di studio rakaman di London dan juga sewaktu persembahan di Cardiff, Wales, telah disimpan rapi di bawah katil jurugambar Gus Coral selama lebih 50 tahun sebelum dia membuat keputusan untuk melihatnya semula.
Lebih menarik, gambar-gambar itu adalah rakaman peristiwa dan perjalanan karier kumpulan muzik berkenaan yang tanpa disedari menjadi fenomena antarabangsa.
Antaranya adalah gamba anggota kumpulan itu mengeluarkan bahagian wang masing-masing untuk membayar harga tambang teksi, dan gambar khalayak kecil yang sanggup menunggu di dalam hujan sebelum kumpulan itu membuat persembahan di Cardiff.
Coral, yang berusia 26 tahun ketika dia mengambil gambar itu, mengaku pernah terfikir bahawa Rolling Stones bakal menjadi jenama besar dan masyhur.
“Jelas sekali, saya tidak tahu mereka mampu bertahan setelah sekian lama dan menjadi istimewa. Namun saya tahu bahawa mereka adalah istimewa.
"Kami baru saja melepasi fasa Perang Dunia Kedua dan terdapat beberapa orang yang mahu merintis jalan yang baharu, dan budaya yang baharu untuk dituju. Mereka (Rolling Stones) adalah salah satu daripada mereka,” ujar Coral.
Ketika memerhatikan Mick Jagger dan anggota kumpulan - Keith Richards, Bill Wyman, Charlie Watts dan Brian Jones – sebelum mereka merakam lagu I Wanna Be Your Man di London, Coral teruja pada profesionalisme mereka.
"Orang hanya mahu mendengar cerita ‘anggota kumpulan muzik merosakkan bilik hotel’ atau ‘deretan gadis remaja menunggu di luar pintu’, tapi mereka tidak sebegitu. Setiap daripada mereka serius dalam bekerja dan memberi tumpuan pada rakaman lagu,” jelasnya.
Coral dan beberapa kawannya memandu ke Cardiff untuk merakamkan konsert itu, dan mereka diberi akses penuh.
Gambar-gambar yang dirakam oleh kamera Coral bakal didedahkan dalam sebuah pameran bernama Black & White Blues – Where It All Began di The Curtain, timur London dari 18 November hingga 2 Disember.
Agensi
Wed Nov 13 2019
Brian Jones, Bill Wyman, Keith Richards dan Mick Jagger dilihat sedang membuat persiapan di studio rakaman De Lane Lea pada tahun 1963. - Reuters
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Kesesakan kenderaan di Plaza Tol Gombak adalah gambar lama - Polis
Gambar kesesakan di Plaza Tol Gombak dekat sini, kononnya kerana berlaku pergerakan rentas negeri sempena sambutan Aidiladha Selasa ini merupakan gambar lama yang sengaja ditularkan kembali.
Gambar detik mula perjalanan karier Rolling Stones, yang tidak pernah disiar
Gambar-gambar itu adalah rakaman peristiwa dan perjalanan karier kumpulan muzik berkenaan yang tanpa disedari menjadi fenomena antarabangsa.