‘Gangnam Style’ oleh penyanyi PSY dari Korea Selatan bukan sahaja mencetuskan fenomena, malah video lagu itu turut menempa kejayaan luar biasa.

Terbaru, ia menjadi video pertama yang berjaya mencatat rekod satu bilion tontonan di YouTube.

Pemilik YouTube, Google mengakui secara puratanya video itu ditonton hingga tujuh hingga 10 juta penontonan setiap hari.

Video 'Gangnam Style’ mula dimuatkan di YouTube sejak Julai lepas.

Dengan kejayaan itu, PSY mengatasi rekod sebelum ini yang dipercayai dipegang idola remaja , Justin Bieber.

Di sisi lain, kejayaan ‘Gangnam Style’ itu menandakan era K-Pop semakin melebar.

Ia diterima bukan sahaja di Asia, tetapi juga di negara Barat.