KAMU teringin berkolaborasi bersama siapa?

"Brad Pitt."

Itu adalah jawapan ringkas yang diberikan oleh ahli kumpulan BTS, Seok Jin ketika muncul dalam satu temubual bersama kumpulannya di sebuah rancangan di Korea.

Dan sudah pasti, nama pelakon terkenal Hollywood itu terus menjadi sebutan peminat-peminat BTS di laman sosial.
.


Peminat-peminat BTS terutamanya peminat Jin sangat teruja sehingga menjangkakan Jin bakal memenangi Anugerah Oscar.

Ini antara reaksi peminat-peminat Jin.

Selain Brad Pitt, antara nama yang disebut untuk mereka bekerjasama ialah Ariana Grande, Post Malone dan juga JoJo.

Untuk rekod, BTS pernah berkolaborasi bersama beberapa penyanyi popular Amerika seperti Nicky Minaj, Halsey, Lauv dan terbaharu membuat persembahan bersama Lil Nas X di Anugerah Grammy pada Isnin.

Adakah kolaborasi ini bakal menjadi kenyataan? Buat peminat BTS, sama-sama kita nantikan.