awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik berterusan, Brad Pitt saman Angelina Jolie

Agensi
Agensi
19/02/2022
15:22 MYT
Konflik berterusan, Brad Pitt saman Angelina Jolie
Brad Pitt telah memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, kerana menjual sebahagian kilang wain Chateau Miraval. - Foto/Instagram
PELAKON Brad Pitt telah memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, kerana menjual sebahagian kilang wain Chateau Miraval, kepada hartawan Rusia, Yuri Shefler.
Saham Jolie dibeli oleh Tenute del Mondo, anak syarikat Stoli Group, yang dikawal oleh Shefler.
Menurut portal hiburan ET, Pitt, 58, menuntut ganti rugi kewangan dan yuran guaman, selain meminta penjualan Miraval kepada Shefler dibatalkan.
Mereka membeli kilang wain Correns, Perancis pada tahun 2008, dengan 60 peratus bahagian adalah milik Pitt manakala selebihnya milik Jolie.
Bagaimanapun, Pitt mendakwa bahawa Jolie, 46, tidak berusaha untuk menjadikan kilang wain itu menguntungkan sedangkan dia berusaha melakukannya.
Pitt juga berkata mengikut syarat perceraian mereka, terdapat persefahaman bahawa mereka tidak boleh menjual bahagian masing-masing tanpa persetujuan pihak yang lain.
Jolie memaklumkan kepada mahkamah yang hasratnya untuk menjual bahagian miliknya pada Julai 2021 telah dipersetujui Pitt, dan Pitt memaklumkan sedia mempertimbangkannya pada September.
Walau bagaimanapun, Pitt mendakwa dia tidak diberikan hak untuk menolak.
Dia juga mendakwa bahawa penjualan itu telah menyebabkan dia tidak dapat menguruskan perniagaannya.
Pasangan itu, yang bersama selama 12 tahun, juga terlibat dalam perebutan hak penjagaan ke atas enam anak mereka.
Topic Berkaitan
#Brad Pitt
#Angelina Jolie
#saman
#kilang wain
#Chateau Miraval
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan