awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status ibu selamatkan hidup Angelina Jolie dari musnah

Gempak
Gempak
30/09/2023
01:00 MYT
Status ibu selamatkan hidup Angelina Jolie dari musnah
Pada saat ini, Angelia Jolie yang berusia 48 tahun hanya mahu hidup dengan baik demi anak-anaknya.
PESOHOR Hollywood, Angelina Jolie muncul sebagai wajah hadapan edisi terkini majalah Vogue.
Selain berbicara mengenai produk terkini iaitu menekuni dunia fesyen yang diberi nama Atelier Jolie, aktres tersebut bercakap mengenai kehidupan sepanjang bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Brad Pitt.
Jolie memiliki enam orang anak iaitu Maddox Chivan, 22, Zahara Marley, 18, Shiloh Nouvel, 17, Pax Thien, 19, dan kembar Knox Leon dan Vivienne Marcheline, 15.
Menurut Jolie, kehidupan sebagai ibu menyelamatkan dirinya daripada musnah.
“Saya berusia 26 tahun sewaktu mengambil Maddox (anak angkat dari Kemboja) dan sejak itu kehidupan saya berubah.
“Mempunyai anak telah banyak menyelamatkan saya dan hidup dengan pandangan yang berbeza terhadap dunia,” katanya seperti dilaporkan majalah tersebut.
Kata bintang berusia 48 tahun itu lagi, saat ini dia hanya mahu hidup dengan baik demi keenam-enam anaknya.
“Sebagai ibu saya mahu melihat anak-anak membesar dengan selamat dan stabil. Saya juga mahu mereka menjadi lebih baik daripada saya,” katanya lagi. - Gempak
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#Brad Pitt
#Maddox
#majalah Vogue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan