awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gegar Vaganza 11: Liza Aziz kekal unggul di tangga pertama

Gempak
Gempak
02/12/2024
00:30 MYT
Gegar Vaganza 11: Liza Aziz kekal unggul di tangga pertama
Liza Aziz (kiri) sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu Wajah Siapa Di Hati Mu nyanyian asal Azlina Aziz sementara Ronnie ditolak markah oleh juri tetap kerana menyampaikan lagu sendiri untuk konsert kedua.
KONSERT minggu kedua Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi, menyaksikan masih tiada penyingkiran dilakukan.
Dengan tema Sama-Sama Naik, bintang GV, Liza Aziz sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu Wajah Siapa Di Hati Mu nyanyian asal Azlina Aziz.
Sementara itu, Dygra Dadali masih selesa di tangga kedua sementara Shiela Abdul naik ke tangga ketiga.
Meskipun tiada penyingkiran, Reshmonu, Ronnie Hussien dan Arrora Salwa berada di tangga tiga terbawah selepas mendapat markah terendah untuk minggu kedua.
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
Sekadar info, kebanyakan bintang GV ditolak markah oleh juri tetap kerana menyampaikan lagu sendiri untuk konsert kedua.
Antara bintang yang ditolak markahnya adalah Ronnie Hussien, Reshmonu, Inka Christie dan Ning Baizura.
Untuk minggu ketiga, peserta dicabar dengan tema Ceritera dimana peserta harus menyanyikan lagu yang ada kena mengena dengan kisah hidup mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S. - Gempak
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza 11
#GV11
#Liza Aziz
#Ning Baizura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan