Seramai 10 orang pelakon tanah air menyahut cabaran untuk menyanyi dalam program terbaharu terbitan Astro, Gempak Superstar.
Program berkonsepkan pertandingan nyanyian ini disertai lima pelakon lelaki iaitu Nazim Othman, Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin dan Arja Lee, manakala lima pelakon wanita pula terdiri daripada Tasha Shilla, Raja Ilya, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim dan Siti Elizad.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, program kali ini bakal memperlihat bakat terpendam pelakon-pelakon tanah air dalam bidang nyanyian.
"Sedikit kelainan untuk program kali ini apabila para peserta terdiri daripada pelakon tanah air.
"Mereka dipilih berdasarkan bakat dan kebolehan mereka untuk menyanyi.
"Sama seperti program realiti lain, mereka juga perlu melalui uji bakat yang diadakan sebelum dipilih untuk memasuki program ini," katanya ketika ditemui pada sidang media Gempak Superstar bertempat di Live House, Kuala Lumpur.
Tambah Raqim lagi, empat nama besar selaku barisan tenaga penasihat iaitu Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik dan vokal, Datin Marlia Musa, Pat Ibrahim (penasihat drama) dan Hanafi Rosdi (penasihat koreografi) untuk membantu serta memberi bimbingan kepada para peserta.
Dalam pada itu, program tersebut juga bakal menyaksikan gandingan pelakon popular Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad sebagai pengacara.
Program ini menggunakan sistem pemarkahan 50 peratus oleh juri tetap dan 50peratus lagi adalah berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Undian secara online juga boleh dilakukan menerusi laman web www.gempaksuperstar.com.my mulai 4 April 2016.
Gempak Superstar akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 10 April 2016 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Gempak
Fri Apr 01 2016
Program kali ini bakal memperlihat bakat terpendam pelakon-pelakon tanah air dalam bidang nyanyian. - Foto Astro Gempak
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Gempak Superstar cabar 10 pelakon jadi penyanyi
Seramai 10 orang pelakon tanah air menyahut cabaran untuk menyanyi dalam program terbaru terbitan Astro, Gempak Superstar.