awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempak Superstar: Tak perlu bandingkan saya dengan Sharnaaz - Nabil Ahmad

Gempak
Gempak
15/04/2016
08:11 MYT
Gempak Superstar: Tak perlu bandingkan saya dengan Sharnaaz - Nabil Ahmad
NABIL: -Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya dan Sharnaaz" - Foto Astro Gempak
PELAWAK Nabil Ahmad meminta supaya netizen tidak terus mengkritik pengacaraan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Scha Alyahya dalam program Gempak Superstar yang bersiaran pada minggu lalu. “Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya dan Sharnaaz. “Bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan terus mengkritik seseorang tanpa mengetahui apa yang mereka lalui. “Macam Sharnaaz, kita semua tahu dia masih lagi baru dalam bidang ini dan kita kena beri peluang kepada dia. "Saya rasa Sharnaaz mempunyai potensi yang cerah dalam bidang pengacaraan,” katanya ketika ditemui pada sesi santapan tengahari bersama Nabil Ahmad dan HBO Sentral di Ploy, Damansara. Tambah Nabil lagi, program tersebut baru sahaja bersiaran di minggu pertama dan masih banyak masa untuk Sharnaaz dan Scha memperbaiki skil pengacaraan mereka. “Saya pernah lalui apa yang mereka rasa lebih-lebih lagi bila siaran langsung, memang gementar dan banyak perkara yang bermain di fikiran. “Sebab itu saya kata kita perlu beri peluang kepada mereka lagipun Gempak Superstar baru minggu pertama jadi masih banyak lagi masa untuk mereka baiki kekurangan yang ada. “Percayalah, setiap minggu anda akan dapat melihat peningkatan skil pengacaraan mereka. “Sama juga seperti saya, sehingga kini saya masih lagi belajar, kena ada bantuan dari skrip dan gigih berlatih. “Jadi berilah peluang dan sokongan kepada mereka, saya percaya Sharnaaz dan Scha boleh jadi pengacara yang baik,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nabil sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan HBO Sentral bagi musim ketiga. Jangan lupa untuk menyaksikan Gempak Superstar setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Layari www.gempaksuperstar.com.my dan gunakan hashtag #GempakSuperstar untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Topic Berkaitan
#Gempak Superstar
#Nabil Ahmad
#Scha Alyahya
#Sharnaaz Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan