awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gesekan biola Dr Siti Hasmah sekali lagi memukau penonton

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
26/06/2022
07:56 MYT
Gesekan biola Dr Siti Hasmah sekali lagi memukau penonton
Dr Siti Hasmah Mohd Ali sekali lagi memukau penontonnya dengan gesekan biolanya bersama MMU Siti Hasmah Symphony Orchestra. - Foto MMU
KUALA LUMPUR : Umum mengetahui mengenai bakat isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang masih mampu menggesek biola dengan alunan menghiburkan penonton.
Menjangkau usia 96 tahun, Dr Siti Hasmah sekali lagi memukau penontonnya dengan gesekan biolanya bersama MMU Siti Hasmah Symphony Orchestra yang dilancarkan secara rasmi sempena Ulang Tahun Universiti Multimedia (MMU ) ke-25 pada malam Sabtu.
Turut hadir Tun Dr Mahathir Mohammad dan Canselor MMU, Tun Zaki Tun Azmi.
Dr Siti Hasmah membawakan tiga lagu termasuk "The Moon Represents My Heart" dan "Suci Dalam Debu".
Persembahan beliau mendapat tepukan gemuruh penonton yang hadir.
Acara itu turut mempersembahkan pengenalan Triplet Orchestra Concert iaitu Monash Chamber Orchestra, Sunway University Ensemble dan Taylor's Symphony Orchestra.
Dr Siti Hasmah mula menggesek biola sejak usia belasan tahun lagi.
Beliau juga sudah beberapa kali membuat kemunculan istimewa pada acara-acara terutama majlis amal.
Topic Berkaitan
#Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
#biola
#MMU
#orkestra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan