TIADA penyingkiran! Semua 11 bintang bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) layak mara ke konsert kelima GV9 yang berlangsung pada Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam pada itu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara konsert malam ini apabila mendapat markah tinggi menerusi lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi antarabangsa Josh Groban.
Dengan bertemakan kerohanian, 11 bintang GV9 membawakan seleksi lagu ‘aman di mata, damai di hati’ yang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Pengacara hebat Sherry Alhadad bergandingan bersama Elly Mazlein bagi menggantikan Nabil Ahmad.
Anugerah Juara Next Level Digi pula dimenangi oleh Fuad Rahman selama empat minggu berturut-turut berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Selain itu, selaku juara minggu keempat, Jaclyn Victor juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Manakala Tom memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah penapis air Warrior Bernilai RM3,680.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro. - Gempak
Gempak
Sun Oct 09 2022

Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara konsert malam ini apabila mendapat markah tinggi menerusi lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi antarabangsa Josh Groban. - Gambar/ Gempak

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

Pekerja kuari maut dihempap batu di Simpang Pulai
Seorang pekerja kuari maut selepas dihempap batu seberat kira-kira 10 tan dari ketinggian 25 meter di sebuah kawasan kuari di Simpang Pulai, pada Sabtu.

Beralah! Cham, Adeep, Hakim dan Fakhiz takkan guna nama V.E
Tidak menggunakan nama kumpulan V.E lagi bukan bermaksud Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz akan berpecah dan membawa haluan masing-masing.

"Dia nak tebus balik silap" - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom bersedia untuk kembali mengenali bekas teman lelakinya, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.

Mengaku bercinta, Fuad rancang nikahi Tom
Tom merupakan bekas kekasih Fuad sekitar 2005 sebelum penjara memisahkan mereka.

GV9: Menang RM100,000, ini yang Jaclyn Victor rancang dengan anak-anak
Sebagai ibu tunggal, Jac harus utamakan masa depan dua orang anaknya.

Jaclyn Victor muncul juara Gegar Vaganza 9
Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain dengan muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

GV9 sentiasa penuh kejutan... Mungkinkah akan ada dua juara seperti sebelum ini?
Siapakah yang baka dinobat sebagai juara Gegar Vaganza 9 malam ini? Jangan lupa saksikan!

GV9: Dina, Fuad tersingkir di minggu separuh akhir
Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.

GV9: Asheed Def Gab C tersingkir minggu kesembilan
Perjalanan peserta Asheed Def Gab C terhenti di konsert minggu kesembilan Gegar Vaganza musim ke Sembilan (GV9), malam tadi.

GV9: Dina hampir tarik diri, sokongan orang tersayang suntik semangat
Persembahan pada minggu ketujuh dianggap terlalu istimewa buat Dina.

GV9: Tom tersingkir pada hari ulang tahun ke-35
Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom tersingkir pada konsert minggu ke tujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.