Skip to main content

Malaysia

Lelaki lemas ketika mandi di air terjun Taiping

Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian sselepas menerima panggilan kecemasan pada 2.10 petang. - Gambar hiasan
Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian sselepas menerima panggilan kecemasan pada 2.10 petang. - Gambar hiasan
Advertisement

IPOH: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Taman Suria dekat Taiping, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 20 tahun mandi bersama empat rakannya di kawasan air terjun berkenaan.

Beliau berkata sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian sejauh tiga kilometer (km) selepas menerima panggilan pada 2.10 petang.

Advertisement

"Jarak perjalanan ke lokasi dianggarkan tiga km untuk sampai ke check point dan satu km untuk sampai ke lokasi air terjun dengan melalui laluan lereng bukit. 

"Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati mangsa telah dibawa keluar dan dibaringkan di kawasan batuan sungai yang datar oleh rakannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Sabarodzi berkata pihaknya melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk bantuan awal, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Bomba membawa mangsa turun dengan menggunakan strecer dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada 4.20 petang," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement